Keblinger

Keblinger

MAAJUN PUNCA TULANG RAPUH...

| Tuesday, February 28, 2012
Maajun punca tulang rapuh
Oleh Ainal Marhaton Abd Ghani
bhnews@bharian.com.my
2012/02/04


KAMISAH cedera serius pada tulang pinggul dan tidak dapat bergerak kecuali berbaring menunjukkan gambarnya ketika sihat di rumahnya dekat Taman LKNP, Bukit Setongkol.


KAMISAH cedera serius pada tulang pinggul dan tidak dapat bergerak kecuali berbaring menunjukkan gambarnya ketika sihat di rumahnya dekat Taman LKNP, Bukit Setongkol.
KAMISAH cedera serius pada tulang pinggul dan tidak dapat bergerak kecuali berbaring menunjukkan gambarnya ketika sihat di rumahnya dekat Taman LKNP, Bukit Setongkol.
Wanita makan ubat tradisional setahun lalu selepas hidap denggi

KUANTAN: Seorang ibu tunggal kini derita penyakit tulang rapuh gara-gara mengambil maajun tradisional secara aktif selama hampir setahun.
Kamisah Abdul Majid, 52, mula mengambil maajun berkenaan selepas disyorkan rakannya yang mendakwa ubat itu boleh mengembalikan tenaganya selepas diserang demam denggi pada awal 2008.
Sejak itu, dia terus makan jamu berkenaan secara konsisten sebagai makanan tambahan kerana yakin khasiatnya sehingga terfikir untuk menjadi pengedarnya.

Bagaimanapun, segala-galanya berubah selepas terjatuh ketika hendak mendaftar sebagai ahli Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pada satu program diadakan di Balok di sini, pada September 2009.

“Selepas menjalani ujian imbasan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), doktor pakar mengesahkan tulang pinggul saya cedera teruk.

“Selama sebulan saya dirawat di HTAA, doktor pakar tulang mengesahkan penyakit saya berkemungkinan berpunca daripada sejenis bahan di dalam maajun itu yang membuatkan tulang pinggul reput secara perlahan-lahan.
“Doktor pakar menyarankan saya menjalani pembedahan untuk memasukkan besi bagi menggantikan tulang rosak tetapi selepas melakukan pelbagai ujian kesihatan, pembedahan itu terpaksa dibatalkan kerana saya turut mengalami masalah paru-paru dan jantung,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman LKNP, Bukit Setongkol di sini, semalam.

Berikutan itu, beliau yang bekerja sendiri kini hanya mampu terbaring dan terpaksa menggolekkan badan atau menagih simpati ibu, Siti Zaharah Embong, 75, serta dua anaknya yang berusia 18 dan 19 tahun, manakala anak sulungnya berusia 25 tahun belajar di Johor Bahru.

“Saya tidak tahu sampai bila saya harus berkeadaan begini,” katanya yang kini bergantung kepada bantuan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masing-masing RM300 setiap bulan.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mohd Hazmi Yusof yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Keluarga dan Masyarakat Penyayang (MAYANG) Parlimen Indera Mahkota, berkata pihaknya akan menyumbang kerusi roda khas memudahkan pergerakan Kamisah.


Benarkah majun punca tulang wanita ini retak dan rapuh?

Setiap pengesahan perlu disertakan bukti makmal, bukannya hanya berdasarkan andaian dan tanggapan semata-mata. Bukankah lebih baik dan adil jika setiap dakwaan disertakan dengan bukti makmal. Jelaskan dengan terperinci dan jangan sorok-sorok. Bagitau la apa nama maajun yang Pn. Kamisah Abdul Majid tu makan kenapa nak sembunyikan...

Pengguna majun itu bukan seorang, malah ramai orang yang menggunakannya. Kenapa tak siasat kesan penggunaannya terhadap pelanggan yang lain. jika majun yang Pn. Kamisah makan itu terbukti memudaratkan, sudah tentu ada pelanggan yang menerima nasib yang sama dan dirawat di hospital yang lain. Tuduhan liar bukan sahaja menjejaskan perniagaan IKS dan pengamal perubatan tradisional, malah menjejaskan integriti pihak hospital.

Jika ada bukti makmal, hal ini perlulah dilaporkan kepada pihak Kementerian Kesihatan agar tindakan tegas boleh diambil. Jangan membuat tuduhan secara umum kerana hal itu akan menjejaskan produk-produk kesihatan terutama majun. Tuduhan tanpa tindakan juga akan menyusahkan pengguna majun kerana tiada maklumat yang jelas tentang produk atau syarikat pengeluar yang menggunakan bahan terlarang.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 Maajun Anggun Bistari