Keblinger

Keblinger

Kenali Haid Anda...

| Tuesday, March 27, 2012
DEFINISI HAID

Dari segi bahasa, kata haid ialah masdar (infinite noun) dari kata haadha yang ertinya mengalir. Jika disebutkan perempuan haid ertinya perempuan yang darahnya mengalir. Kata tunggal dari haid itu adalah haydhah, sedangkan jamaknya adalah haidh atau haydhaat, sedangkan hiyadh adalah darah haid.

Dari segi istilah yang dimaksudkan dengan haid ialah darah alami yang keluar dari perempuan sihat tanpa adanya sebab melahirkan, darah ini berasal dari dasar rahim yang biasa dialami oleh kaum perempuan jika dia telah baligh pada waktu-waktu tertentu.

Al-Qurthubi menambahkan dalam tafsirnya sedangkan darahnya yakni darah haid itu adalah darah yang kental berwarna kehitaman. Jika ini terjadi maka seorang wanita hendaklah solat dan puasa.

Erti haid menurut bahasa ialah mengalir.

Menurut syarak ialah darah tabi’e (semulajadi) yang disebabkan oleh sifat-sifat atau tabiat yang selamat (normal) yang keluar dari pangkal rahim perempuan selepas ia baligh dengan cara yang betul dan pada tetentu.


Perkara-perkara yang diharamkan ketika haid

Banyak perkara-perkara yang diharamkan kepada perempuan ketika datang haid iaitu membaca Al-Quran. Dalam hal membaca Al-Quran, bagi orang yang junub dan haid menyatakan ia adalah haram baik membaca sedikit mahupun banyak hingga beberapa ayat. Perkara yang kedua ialah iaitu menyentuh Al-Quran dan membawanya. Kebanyakan ulama’ berpendapat bahawa seorang perempuan yang sedang haid tidak dibenarkan untuk membaca Al-Qur’an.

Selain itu perempuan yang datang haid diharamkan mendirikan sembahyang sama ada sembahyang wajib mahupun sunat, dan tidak pula sah sembahyangnya. Ia tidak wajib bersembahyang melainkan ia mendapat waktu sembahyang sekadar satu rakaat lengkap, maka diwaktu itu wajiblah ibadat sembahyangnya ke atasnya sama ada ia mendapat waktu itu pada awal ataupun diakhirnya.

Puasa juga adalah haram bagi mereka ini sama ada puasa wajib atau puasa sunat tetapi wajib ke atasnya menggantikan puasa yang telah ditinggalkan. Apabila didatangi haid diwaktu sedang berpuasa, maka batallah puasa itu walaupun haid itu datang sebentar sebelum matahari jatuh. Maka wajiblah menqada’kan puasa itu jika ianya puasa wajib. Apabila seorang wanita merasa peredaran haidnya sebelum matahari jatuh tetapi haidnya tidak keluar kecuali setelah matahari jatuh, maka puasanya adalah sempurna. Apabila naik fajar dalam keadaan berhaid, maka tidak sah puasanya ada siang hari itu walaupun setelah naik fajar sebentar ia suci.

Apabila ia suci sebelum terbit waktu fajar lalu berpuasa, maka sahlah puasanya walaupun ia belum mandi kecuali setelah naik fajar. Sama juga dengan orang yang berjunub berniat puasa setelah mandi junub kecuali setelah naik fajar maka puasanya sah.

Tawaf juga diharamkan ke atas perempuan yang sedang haid bertawaf di Baitullah sama ada tawaf wajib atau sunat maka tidak sah tawafnya. Adapun lain-lain cara ibadat Haji dan Umrah bolehlah dikerjakan dalam masa haidnya.Maka oleh kerana itu, apabila ia bertawaf dalam masa suci kemudian kedatangan serta merta selepasa tawaf atau diwaktu ia sedang bersa’ei maka tidaklah mengapa atasnya. Manakala kewajipan bertawaf Wida’ gugur atas wanita yang berhaid, adapun Tawaf Haji dan Umrah tidak gugur bahkan hendaklah ia bertawaf apabila ia telah suci dari haid.

Menetap atau berhenti dalam masjid perempuan sedang haid diharamkan tinggal menetap di dalam masjid sehinggalah di tempat sembahyang hari raya pun (mushalla dan seumpamanya) haram juga ia tinggal di situ. Dalam hubungan kelamin (bersetubuh) si suami haram bersetubuh dengan isterinya yang sedang dalam keadaan haid dan haram pula isterinya membenarkan suaminya bersetubuh dengannya.

Haram bagi suami mentalakkan isterinya yang sedang berkeadaan haid. Mentalakkan isteri yang sedang dalam keadaan haid adalah haram dan dikira suatu bid’ah. Tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat. Demikian pula haram mentalakkan isteri dalam keadaan suci yang telah dicampurinya. Adapun talak sunat ialah menceraikan isteri semasa suci yang belum dicampurinya denagn talak satu.


Masalah-Masalah Semasa Yang Dihadapi Bagi Wanita Yang Datang Haid

Apakah seorang wanita yang mengandung datang haid?

Ulama’ Mazhab Maliki dan Syafi’i, mengikut pendapat Mazhab Jadid yang azhar menyatakan bahawa seorang wanita yang mengandung kadang-kadang datang dan ada kalanya didatangi darah sehinggalah ke peringkat akhir mengandung. Pada kebiasaannya orang yang mengandung tidak didatangi haid.

Berapakah usia wanita yang mungkin sudah megeluarkan darah haid?

Batas usia wanita yang mengeluarkan darah haid ialah sembilan tahun (batas maksimum sembilan tahun kurang lima belas hari) jika terdapat wanita yang usianya sembilan tahun kurang enam belas hari keatas mengeluarkan darah, maka darah itu bukan darah haid tetapi darah istihadah.

Berapakah umur wanita yang telah berhenti dari haid?

Wanita yang berhenti dari haid bila berumur enam puluh dua tahun. Dan usia ini disebut sinnul ya’si (umur berhenti dari haid ). Demikian ini yang banyak berlaku bagi wanita.

Bagaimanakah hukumnya jika keluarnya darah itu tidak berterusan atau henti-henti?

Jika selama lima belas hari lima belas malam keluarnya darah yang terhenti-henti itu dikumpulkan sudah ada waktu dua puluh empat jam, maka darah itu adalah darah haid. Tetapi jika belum ada waktu dua puluh empat jam maka darah itu bukan darah haid tetapi disebut darah istihadah.

Berapakah lazimnya masa suci itu?

Lazimnya yang terjadi di kalangan wanita masa haid itu enam hari enam malam.

Berapa harikah paling sedikitnya keluar darah haid?

Darah haid paling sedikit keluar selama sehari semalam dan keluarnya darah secara langsung. Terdapat juga dengan terputus-putus asal sudah ada waktu dua puluh empat jam(sehari semalam). Untuk mengetahui langsung atau tidaknya darah itu keluar ialah dengan memasukkan kapas ke dalam faraj. Bila kapas itu kelihatan basah oleh darah maka darah itu masih keluar meskipun tidak menitis.

Bilakah tempoh berlakunya haid?

Tempoh berlakunya haid ada tiga iaitu tempoh paling pendek, tempoh paling panjang dan tenpoh yang ghalib iaitu tempoh yang menjadi kebiasaan kebanyakkan wanita. Tempoh yang paling pendek ialah satu hari satu malam, dan tempoh yang paling panjang ialah lima hari lima belas malam. Manakala tempoh ghalib(kebiasaan) iaitu enam atau tujuh hari. Sekurang-kurangnya waktu suci ialah lima belas hari dan tidak ada had tertentu bagi tempoh panjangnya. Ini kerana sesetengah wanita tidak didatangi haid dalam tempoh setahun atau dua tahun bahkan beberapa tahun.

Tempoh pemerhatian ini berdasarkan kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku kerana ia boleh di jadikan sandaran dalam menentukan tempoh tersebut. Darah istihadah ialah darah yang keluar dari satu urat yang terletak di bawah rahim yang dikenali sebagai al-aazil darah ini membatalkan wudhuk tetapi tidak mewajibkan perempuan itu mandi dan tidak wajib meninggalkan sembahyang serta puasa. Perempuan yang keluar darah istihadah hendaklah berwudhuk setiap kali hendak sembahyang.

Bilakah masa suci antara dua haid?

Sekurang-kurangnya masa suci antara dua darah haid, 15 hari dengan malamnya.dan tudak ada batasan bagi panjang masanya.Jika seorang wanita datang haidnya 7 hari, lalu terputus darah haid itu selama 10 hari, kemudian keluar darah lagi, m

Maka darah itu dinamakan darah istiadah. Sebab tiada berlaku masa suci antara dua haid 15 hari.

Berapa lamakah keluar darah haid?

Paling lama keluarnya darah haid ialah lima belas hari lima belas malam baik secara berterusan atau tidak.

Berapa harikah paling sedikitnya keluar darah haid?

Darah haid paling sedikit keluar selama sehari semalam dan keluarnjya darah secara langsung. Terdapat juga dengan terputus-putus asal sudah ada waktu dua puluh empat jam.

Siapakah Mutahayyirah?

Al-Mutahayyirah menurut istilah fuqaha ialah orang istihadah yang berterusan keluar darah. Dia sudah lupa berapa lama kebiasaannya haid, dia lupa bilangan harinya apakah di awal bulan atau di akhir bulan dan sebagainya.

Disebut Al-Mutahayyirah kerana ragu atau bingung menghadapi keadaannya. Ada yang menyebutnya dengan istilah Mutabah dan ada yang menyebutnya Mubtalah.

Para ulama’ fikah masing-masing turut mengkaji hukumnya supaya orang yang menghadapi masalah seperti itu tahu melaksanakan kewajipannya seperti solat, puasa dan sebagainya. Ertinya supaya orang yang mengalami seperti itu, jika dia beramal, dia berada di jalan yang betul.

Sebab Terjadinya Haid

Haid adalah sesuatu perkara yang ditetapkan Allah s.w.t. kepada kaum wanita. Allah s.w.t. menjadikan haid itu bagi kaum wanita sememangnya sesuai dengan fitrah mereka. Sesuai dengan tubuh mereka, sesuai dengan watak dan naluri mereka. Haid itu diciptakan Allah sesuai dengan organ tubuh mereka yang sememangnya sudah disiapkan untuk dapat mengeluarkan telur, untuk hamil dan sebagainya.

Usia Bermulanya Haid

Yang dimaksudkan disini ialah umur seseorang wanita itu didatangi haid. Maksudnya wanita yang sudah berumur sembilan tahun sudah termasuk wanita dan sudah mungkin didatangi haid. Sembilan tahun adalah ukuran minimum seseorang wanita didatangi haid. Tidak ada orang yang haid dibawah usia sembilan tahun. Menurut satu pendapat ini jugalah batasan seseorang itu dapat hamil, melahirkan dan sanggup mengasuh anak.

Wanita yang sudah berumur sembilan tahun apabila dia melihat darah keluar dari kemaluannya, bererti darah itu dihukumkan sebagai darah haid. Kalau darah itu disahkan haid, bererti dia sudah dianggap baligh atau mukalaf. Bererti dia sudah wajib mengerjakan segala yang fardhu kepada orang muslim, seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Sedangkan wanita yang didatangi darah sebalum usia sembilan tahun bererti dianggap sebagai darah kerana adanya sesuatu penyakit.

Ada orang yang sudah berumur dua puluh tahun belum dating haid dan ada juga yang berumur lapan belas tahun.


PENDALILAN


ويسئلونك عن المحيض, قل هو أذى فاعتزلوا النساء فى المحيض, ولا تقربوهن حتى يطهرن, فاذا تطهرن فأتوهن من حيث أمركم الله.

Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: Haid itu adalah kotoran, oleh itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita (tidak menyetubuhi) ketika haid, dan jangan kamu mendekati mereka sebelum suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka ditempat yang diperintah oleh Allah kepada kamu. (surah al-Baqarah: 222)

فاذا أقلت الحيضة فدعى الصلاة, واذا أدبرت فأغسلي عنك الدم وصلى

Apabila haid datang maka tinggallah sembahyang dan jika ia pergi (berhenti) maka (bersihkanlah dirimu) dengan mandi daripada darah tersebut dan sembahyanglah. (al-Bukhari (226) dan muslim (33)).

من أتى حائضا أو امرأة فى دبرها, أو كاهنا فيصدق بما يقوله, فقد كفر بما أنزل على محمد

“ Barang siapa yang melakukan hubungan kelamin dengan isterinya yang sedang haid, atau melakukan senggama melalui dubur, atau mendatangi seorang dukun, kemudian ia membenarkan apa yang dikatakannya, maka ia telah kufur terhadap apa (agama) yang diturunkan kepada manusia”.( hadis riwayat Tirmidzi)

أذا كان دم الحيضة, فانه دم أسود يعرف

“ Apabila darah itu haid, maka darahnya berwarna hitam yang telah dikenali oleh kaum wanita”.(Hadis Riwayat Abu Daud dari Fatimah binti Abi Hubays)

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 Maajun Anggun Bistari