Posted by
admin
|
Saturday, September 17, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَات
15 Zulhijjah 1437H /
17 September 2016
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ
وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Ya Allah, ampunkanlah dosa dosa kami, samada yang kami sedari atau tidak, berkatilah kami, rahmatilah kami, berilah kami hidayahMu agar kami sentiasa dekat dengan Mu Ya Allah.
Ya Allah, berilah kami taufik dan hidayah Mu. Ya Allah, mudahkan segala urusan kami, murahkan rezeki kami dan kurniakanlah kami keluarga yang bahagia.
Ya Allah, sedarkan kami bahawa janji-janji Mu itu adalah benar, justru itu tetapkanlah hati kami di atas agama-Mu, Ya Allah
Ya Allah, jadikanlah kubur kami sebagai satu taman dari taman2 syurga Mu dan janganlah ianya sebagai satu lubang dari lubang2 api neraka Mu.
Ya Allah, kami berdoa Ya Allah, muliakanlah diri kami, lapangkanlah hati kami, moga segala urusan kami dipermudahkan
Ya Allah, kabulkanlah cita-cita kami, jauhkan kami dari segala penyakit dan jauhkan kami dari segala musibah.
Ya Allah, terimalah semua amal ibadah kami dan mudah²an ia dapat menerangi kubur kami.
Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk memperbanyakkan tahajud kami supaya tempat berihat kami nanti tidak sempit,.
Ya Allah,: berilah kami keinginan untuk sentiasa mendampingi dan membaca Al-Quraan Mu supaya tempat persemadian kami tidak menjadi tempat yang paling sepi.
Ya Allah, perbanyakkanlah sedekah kami, solat kami, amalan kami semoga kami bebas dari seksa kubur.
Ya Allah, Yang Maha Hidup, yang Berdiri Sendiri, Pencipta langit dan bumi, Tuhan Yang Maha Besar dan Maha Mulia, Ya Allah, tiada Tuhan yang patut disembah hanya Engkau, kami memohon kepadaMu semoga Engkau lindungilah hati kami dengan Nur hidayah Mu.
Ya Allah, kami berlindung dengan Engkau dari kejahatan dari kami dan kejahatan syaitan yang menipu dan kejahatan orang mungkar lagi kejam.
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kebajikan dan keselamatan di:dunia dan di akhirat.
Ya Allah, tutuplah aib kami dan tenteramkanlah kami dari rasa takut.
Ya Allah, peliharalah kami dan kami berlindung dengan kebesaran Mu agar kami tidak disiksa dipadang mashyar.
َYa Allah, kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ
Ya Allah, Ya Ghaffar, ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada samada yg hidup mahupun yg telah meninggal dunia.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ
0 comments:
Post a Comment