Keblinger

Keblinger
| Wednesday, June 22, 2016
Salam Nuzul Quran 17 Ramadhan 1437H

☪ NUZUL AL QURAN
⚔ BADAR AL KUBRA

 πŸ“…πŸ“…πŸ“…πŸ“…πŸ“…πŸ“…πŸ“…πŸ“…πŸ“…

Pada 17 Ramadhan  berlaku dua peristiwa besar dalam Sirah perjalanan hidup Nabi Kita Muhammad Sollallahu Alaihi Wa Ala Aalihi
Wa Sohbihi Wasalam

*Peristiwa pertama*

Turunnya Wahyu Pertama melalui Malaikat Jibril Alaihi Salam semasa Nabi berada didalam Gua HirΓ‘ di Kota Mekkah Al Mukarramah, malam turunnya Al Quran  yg dikenali dgn
*Malam Nuzulul Quran*

_Firman Allah dlm Surah Al Allaq_ _ayat 1-5_

*⚡Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),*

*⚡Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;*

*⚡Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,*

*⚡Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,*

*⚡Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya)*


πŸ’™πŸ’šπŸ’›❤πŸ’œπŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’š

*Peristiwa Kedua*

 *_Perang Badar Al Kubra_* yg berlaku pada tahun kedua selepas Hijrah Nabi ke Madinah, hari Jumaat, dlm masa 3 hari, tentera Islam bawah kepimpinan Nabi Sollaahu Alaihi Wa Aalihi Wasalam berjumlah 313 org tentera yg serba kekurangan dari sudut kelengkapan  meterial tapi cukup dan penuh persediaan Iman dan mental memerangi tentera Musyrikin Mekkah yg berjumlah 1000 org tentera dgn segala kelengkapan meterial dengan mental yg kufur terhadap Allah dan RasulNya,  berakhir dgn kemenangan yg besar dengan 14 org tentera Islam Syahid di Medan Badar, tentera musyrikin Mekkah kalah teruk dan memalukan dgn 70 org terbunuh dan 70 org lagi menjadi tawanan.

_Firman Allah surah Al Anfal 123-126_

*✏ Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).*

*✏Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): "Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?,*

*✏Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.*

*✏Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu, dan supaya kamu tenteram dengan bantuan itu. Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana.*

❤πŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’œ❤πŸ’›πŸ’šπŸ’™

_*Jom hidupkan malam 17*_
_*Ramadhan dgn  memperbanyakkan Munajat kpd Allah sepertimana Nabi kita  bermunajat sepanjang Malam 17 Ramadhan untuk kemenangan  Islam dan umat Islam sejagat*_

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 Maajun Anggun Bistari