Keblinger

Keblinger

Khasiat Herba Manjakani untuk Wanita

| Wednesday, April 15, 2015

Kajian menunjukkan bahawa manjakani adalah kaya dengan tannin, asid tanik, antioksidan, vitamin (terutama vitamin A dan C), kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat. Selain itu ia juga mengandungi unsur-unsur seperti astringen, anti-microbial dan anti-radang. Kandungan taninnya yang tinggi menyebabkan manjakani digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional, terutama untuk penggunaan selepas bersalin bagi mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupun longgar akibat proses bersalin. Kajian membuktikan bahawa unsur astringen dalam manjakani dapat membantu mengencangkan otot dinding vagina dan mengembalikan keanjalan. 

Berikut adalah antara kegunaan manjakani dalam pengubatan:- 

Awet Muda : Antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan sel. 
Pencegahan Kencing Manis : Asid galik boleh mencegah kencing manis dan lelah. 
Pencegahan barah payudara dan rahim : Antioksidan dalam manjakani boleh mencegah barah
  buah dada dan barah rahim.
Pencegahan bau yang tidak diingini : Oleh kerana manjakani bersifat astringen, ia boleh
  membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj. 
Merawat otot-otot di dalam faraj : Tannin yang terdapat di dalam manjakani mempunyai sifat
   menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula. 
Mengawal lendir dan lelehan faraj : Astringen juga mampu menyerap segala lendir dan lelehan
  pada faraj yang boleh menyebabkan bau yang tidak selesa.
Membersihkan lelehan haid dan nifas : Astringen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan
  nifas. 
Mengecutkan semula tisu-tisu : Astringen juga mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj
   terutamanya selepas bersalin.
Menegangkan dan mencantikkan kulit : Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit
  dan mencegah jerawat.
Mata yang sihat : Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia
  mengecutkan tisu-tisu pada mata.
Rawatan payudara : Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-
   otot, maka amalan meminum minuman bermanjakani dapat memperbaiki payu dara yang telah
   hilang kekenyalannya.
Gigi dan tulang : Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang. 
Mulut : Astringen dalam manjakani mengekalkan kebersihan mulut. 
Kulit kering dan berminyak : Astringen juga dapat mengawal kulit kering dan berminyak. 
Perawatan kronik ulser : Amalan meminum minuman manjakani juga boleh merawat kronik
  ulser. 
Pelbagai khasiat makanan : Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat
   melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh
   memupuk kesihatan.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 Maajun Anggun Bistari