Keblinger

Keblinger

ISTIHADAH : Permainan Syaitan si Pendamping Wanita...

| Friday, January 18, 2013

http://nahwannur.blogspot.com/2008/05/is...





Segala puji hanya bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat.

Setelah beberapa beberapa ketika saya bertangguh untuk memberi penjelasan tentang perkara ini, dan atas keseganan sendiri untuk melakukan post ini, akhirnya, insyaALLAH kali ini saya berusaha mengupas isu istihadah ini sedikit berbeza dari biasa. Atas permintaan beberapa sahabiah, dan adik usrah, saya harap pembaca lain akan sedikit terbuka walau isu ini lebih kepada urusan wanita.

Selalu saya di tanya oleh sahabiah yang mengalami masalah kitaran haid tentang waktu sebenar kitaran haid dan cara mengenali dan membezakan antara haidh, nifas dan darah istihadah, cara pengurusan dan amalan yang boleh dan tidak ketika dalam setiap keadaan. Ketiga-tiga perkara di atas merupakan antara perkara terpenting yang amat-amat perlu difahami teori dan praktikalnya bagi setiap insan bergelar wanita. Ia amat perlu supaya ia memudahkan urusan ibadah kita dan amat penting juga dalam urusan berumahtangga. Berkenaan dalam ikatan suami isteri, boleh saya katakan, isu-isu ini turut penting bagi golongan muslimin dalam mengetahui dan memahami kondisi isteri terutamanya supaya kelak tiada kecelaruan berlaku.

Namun, entri kali ini, saya tidak bercadang untuk mengupas satu persatu teori dan pengurusan diri atas ketiga-tiga perkara tersebut kerana terlalu banyak rujukan yang mudah di dapati dan jauh lebih baik dari kefahaman saya sendiri, malah ia juga merupakan rujukan saya. InsyaALLAH kali ini, saya ingin memfokuskan kepada perspektif lain tentang istihadah, tentang wujudnya istihadah yang lebih dari kerana ianya darah kotor yang disebabkan oleh penyakit dan sebagainya.


Overview darah Istihadah


Atas kesedaran dan kefahaman seorang muslimah, istihadah lebih mudah di fahami sebagai darah wanita yang mengalir luar dari masa kitaran haid. Istihadah ialah darah yang keluar secara berterusan bagi seorang wanita. Ia keluar tanpa terputus-putus atau mungkin terputus sekejap seperti sehari-dua dalam sebulan. Ia boleh di kesan dengan mengenal pasti waktu keluarnya darah yang berbeza dan ‘terlebih’ dari biasa (mengikut kitaran haid normal bagi individu), dan melalui warna darah.

Terdapat beberapa dalil atas kes istihadah. Dalil bagi kes pertama, yakni darah keluar tanpa terputus-putus ialah sebagaimana aduan Fathimah binti Abi Hubaisy radhiallahu 'anha kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sebagaimana di dalam Shahih al-Bukhari:

“Ya Rasulullah! Sesungguhnya aku tidak suci” manakala dalam satu riwayat yang lain: “Aku didatangi istihadah maka aku tidak suci.”

Dalil bagi kes kedua, yakni darah keluar dengan terputus sekejap ialah kisah Himnah binti Jahsyradhiallahu 'anha yang datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lalu berkata: 

“Ya Rasulullah, sesungguhnya aku didatangi darah istihadah yang banyak.”[Musnad Ahmad, Sunan Abu Daud dan Sunan al- Tirmizi dan beliau (al-Tirmizi) mensahihkannya.]

Kesedaran atas berlakunya istihadah perlulah hadir dari kefahaman tentang perbezaan waktu suci sepatutnya dan waktu kotor sepatutnya (kitaran haid). Jadi terlalu penting bagi seorang muslimah untuk mencatitkan waktu kedatangan haid untuk memudahkan urusan ibadah kita terutamanya. Banyak perbincangan dan buku yang boleh di rujuk untuk perkara ini.



Istihadah :: permainan syaitan?

Di luar sedarnya kita, wahai kaum muslimah, saya ingin tegaskan di dalam entri kali ini bahawa masalah istihadah merupakan salah satu bentuk gangguan syaitan ke atas wanita. Hal ini ada di bincangkan di dalam kuliah tafsir al-a’raf oleh Ustaz Zahazan di radio Ikim.fm, dan beberapa kuliah fiqh muslimat di uia, serta terdapat beberapa buku yang turut membincangkannya seperti fiqh wanita, petunjuk quran dan sunnah berkenaan haid, istihadah dan nifas (terbitan alfirdaus.com), dan beberapa kitab lain.

Tentu, terlalu normal orang mengatakan bahawa darah istihadah merupakan darah kotor seseorang yang mungkin di sebabkan oleh beberapa faktor seperti penyakit, pengambilan makanan, stress dan sebagainya. Dan ini sememangnya terdapat hadith sahih tentangnya. Namun, saya tertarik untuk membincangkan satu hadith;

Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya ia (pendarahan kamu) adalah hentakan dari hentakan-hentakan syaitan, maka (apabila) kamu didatangi haid selama enam atau tujuh hari pada ilmu Allah Ta’ala, hendaklah kamu mandi apabila kamu lihat bahawa kamu telah suci (dari darah haid), maka hendaklah kamu solat pada pada dua puluh tiga malam atau dua puluh empat malam dan siangnya dan hendaklah kamu berpuasa.” 

[Sunan Abu Daud– no: 248 (Kitab al-Thaharah) dan Sunan al-Tirmizi – no: 118 (Kitab al-Thaharah) dan berkata al-Tirmizi, hadis ini hasan sahih]

Hadith ini jelas menyatakan bahawa darah istihadah merupakan darah yang disertai oleh syaitan. Suatu perkara yang besar saya kira untuk di fahami oleh muslimah terutama sekali yang berhadapan dengan istihadah. Permainan pertama berkaitan istihadah adalah dalam urusan beribadat. Sudah tentunya seseorang yang mengalami istihadah akan mengalami kekeliruan sekaligus mengundang perasaan was-was dalam melakukan ibadah. Jadi tidak hairanlah mengapa muslimah yang mengalami hal istihadah sering bertanya kepada pelbagai pihak, walau sudah berulang kali dek kerana inginkan kepastian. Alhamdulillah, at least mereka sedar akan pentingnya memahami hal istihadah dan pengurusan supaya tidak menjejaskan urusan ibadah. Jadi jelas sekali, ini merupakan salah satu tipu daya syaitan dalam membina perasaan was-was sekaligus menghalang kita mencapai kesempurnaan dalam ibadah seperti solat.

Selain itu, masalah istihadah dan permainan syaitan yang ke dua melibatkan sistem hubungan suami isteri dan institusi rumah tangga. Merujuk kepada surah al-baqarah ayat ke 102, di situ ada menyatakan bahwa terdapatnya sihir syaitan yang berperanan memporak perandakan dan mencerai beraikan suami isteri dan ada ulama’ yang menghuraikan salah satu method yang di maksudkan adalah istihadah yang mana ia merupakah salah satu daf’ah (tipu daya) syaitan ke atas wanita dan suami dalam melahirkan kecelaruan dalam institusi rumah tangga melalui hubungan suami isteri tersebut. Ini di sokong oleh beberapa hadith yang menyatakan bahawa, syaitan itu pendamping bagi kaum muslimah, dan ada juga hadith yang menyatakan wanita itu pembawa syaitan. Jadi jelas membuktikan bahawa istihadah merupakan salah satu permainan spiritual syaitan ke atas emosi dan hubungan suami isteri.



Punca atas sedar

‘Kita stress lately, workload berat sangat...hmm, macamana ya?’ itu alasan selalu saya terima dari sahabiah yang bertanya.

Dari perspektif lain, sebenarnya muslimah perlu selalu bermuhasabah. Berfikir di luar kotak fikiran biasa. Sistem edaran darah wanita merupakan salah satu anugerah besar bagi seseorang wanita. Ada yang mengatakan ‘hadiah’ untuk wanita setelah setiap hari menanggung pelbagai kerja dalam kehidupan dan kitaran darah merupakan ‘cuti umum’ untuk menghilangkan lelah. Selain itu, kitaran darah juga menyucikan sistem tubuh wanita dengan membuang setiap darah kotor. Jauh dari itu, dapat dilihat, bahawa sistem ini merupakan ‘signal’ bagi muslimah yang berpenyakit, dan sebenarnya merupakan ‘ingatan’ untuk mereka yang sebenarnya sakit dari segi spiritual.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda kepada Fathimah binti Abi Hubaisy:
“Sesungguhnya yang demikian itu ialah ‘irq (penyakit) bukanlah darah haid maka apabila datang haid maka hendaklah kamu meninggalkan solat.” [Shahih al-Bukhari – no: 306 (Kitab al-Haid)]

Terdapat dua jenis penyakit di sini yang dihuraikan oleh beberapa ulama’ atas maksud ‘irq (penyakit) di dalam hadith di atas. Penyakit yang jelas adalah penyakit fizikal iaitu berkemungkinan seseorang yang mengalami istihadah merupakan tanda-tanda wujudnya penyakit dalaman di dalam tubuh badan wanita. Dan penyakit ke dua yang dimaksudkan ialah penyakit jiwa. Penyakit jiwa ini bermaksud hubungan kita dengan ALLAH swt yang mana semakin hari semakin lemah.

Seorang wanita yang mengalami istihadah tentunya faham keadaannya semasa itu. Bagi mereka yang stress, selalu cenderung mendera fizikal dengan meratapi stress tanpa cuba mengkaji spiritual semasa saat itu. Saya telah mengupas isu stress secara ringkas (di sini). Ia jelas menunjukkan bahawa sebab-sebab hadirnya stress yang sekaligus bisa menjarakkan hubungan semasa kita dengan ALLAH swt.

Antara perkara lain yang melibatkan penyakit rohani ialah;
1. Kelemahan hati: hati yang tidak kuat
2. Kelemahan roh: e.g.: instinct. Dan kelemahan batin dalam menghadapi setiap urusan . Jadi ini sala h satu sebab wanita yang menghadapi stress ada yang akan mengalami istihadah
3. Pengaruh nafsu: terarah kepada benda yang tidak baik
4. Kelemahan akal : Akal tidak dapat menerima bebanan semasa dek kerana tidak diarahkan oleh kekuatan iman dan sebagainya


Atasi secara spiritual

Terdapat beberapa cara mengatasi Istihadah secara spiritual iaitu;
1. Selalu berwudu’. Sentiasa memperbaharui wudhu seperti yang di lakukan oleh Rasulullah saw untuk memastikan diri kita sentiasa suci dan jauh dari gangguan syaitan

2. Mengamalkan doa; Bismillahillazi la yadurru maas mihi syai’un fil ardhi wala fissamai wahuwassami ul’azim
3. Memperbanyakkan hadir ke majlis-majlis ilmu
4. Bertadabbur
5. Bersedekah; memelihara harta dan mensucikan jiwa (salah satu melalui zakat)
6. Mengamalkan zikir. Walau dalam keadaan berhadas. Dan ALQURAN sebagai zikir terbaik dan pakaian jiwa. Amalan lain seperti Al-mathurat dan al-manzil
7. Mengamalkan solat dhuha

Apapun maksud dan sebab di sebalik hadirnya istihadah yang di beri oleh ALLAH swt buat insan bergelar wanita, ia merupakan anugerah terbesar iaitu sebagai ‘signal’ awal dalam memberi peluang wanita untuk mengambil langkah untuk mengubati. Walau berpenyakit fizikal sekalipun, bersangka baiklah kerana ia pasti dapat menyucikan dosa kita di dunia tanpa perlu di hitung di akhirat, dan bersyukurlah kita masih di beri masa untuk mengambil langkah mengubati tanpa terus di tarik nyawa, dan jika ia tanda stress dan permasalahan jiwa, maka itu tandanya DIA sentiasa mengingati kita dan memberi waktu untuk kita bermuhasabah supaya kita sentiasa berhubung denganNYA dan sehingga waktu kita bertemu denganNYA dalam keadaan bersih jiwa. SubhanALLAH. Bukankah begitu untung menjadi wanita ^__~ kita sentiasa berada di bawah jagaan dan tarbiyyahNYA.

Jadi, apapun keadaan menghambat, jangan lupa untuk selalu bermuhasabah akan kekurangan diri bukan menyalah kan takdir semata atas musibah yang melanda. Dan walau sesibuk mana pun kita dan di mana jua kita di campakkan, pasti kan sentiasa hati dan jiwa kita tetap berhubung denganNYA.

Wallahua’lam

p/s [nahwanNUR] : Bagi sahabat sahabiah, ikhwah dan akhowat, dan sesiapa sahaja yang inginkan e-book Petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah berkenaan Haid, Istihadah dan Nifas karangan Syaikh Muhammad al-Shalih al-‘Utsaimin, terbitan alfirdaus.com boleh hubungi saya. Sebarang tambahan, pembetulan amat-amat di alukan buat perkongsian bersama. Bagi yang menghadapi masalah ini, selamat mencuba. Moga ada manfaatnya di sini.

Sumber rujukan:
1. Beberapa sesi kuliah berkaitan fiqh muslimat, fiqh taharah, tafsir al-quran oleh ustaz zahazan etc
2. Buku Fiqh Muslimah, Tarbiyyatul aulad fil Islam oleh Abdullah Nasih Ulwan dan e-book Petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah berkenaan Haid, Istihadah dan Nifas karangan Syaikh Muhammad al-Shalih al-‘Utsaimin
3. Diskusi ilmiah dengan ustazah dan sahabiah yang di hormati

KELEBIHAN MINUM AIR MASAK

| Monday, December 31, 2012
Tidak dinafikan bahawa Maajun Anggun Bistari (MAB) ini panas kerana ia terdiri daripada herba-herba yang memang terkenal dengan kepanasannya seperti kacip fatimah, manjakani, habbatus sauda,madu, inai, senduduk, serapat dan rempah ratus. Oleh sebab itu, pengamal-pengamal MAB digalakkan minum banyak air terutama air masak atau air suam. Ibu-ibu yang menyusu bayi dan mengamalkan MAB juga perlu minum lebih banyak air suam bagi memastikan bayi anda tidak kepanasan dan mendapat bekalan susu yang mencukupi. 

Banyak faedah yang kita dapat jika minum banyak air masak atau air suam, antaranya... 

1. Menguruskan badan
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula atau pun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser 

Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

PROMOSI HARI RAYA AIDIL ADHA 10 Zulhijjah 1433

| Sunday, October 21, 2012

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1]
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Sempena Hari Raya Aidil Adha @ Haji @ Korban tahun ini, saya ingin mengorbankan sedikit keuntungan saya dan berkongsi dengan semua pengguna setia Maajun Anggun Bistari (MAB). Harapan saya semoga usaha saya selama ini diberkati oleh Allah SWT dan pengguna-pengguna MAB dapat mengekalkan kesihatan seiring dengan hajat anda untuk merancang keluarga dengan cara tradisional. 

Promosi ini tidak melibatkan agen2 MAB. Hanya pembelian secara online dengan saya sahaja. Anda boleh terus hubungi saya melalui sms/call 019-901 2037 untuk mendapat harga promosi. 

Harga promosi ini sah bermula pada 21 Oktober 2012 hingga 31 Oktober 2012. Kos pos  ditanggung pihak saya.

MAB / botol Harga Tawaran
3 RM     50.00
5 RM     72.00
7 RM   100.00
10 RM   140.00
15 RM   200.00
                 






SENARAI LIST-DEALER MAB ANDA TERKINI - OKT 2012

|

KEPADA DEALER2 DAN SUB-DEALER..MAB MENGALU2KAN KEHADIRAN ANDA SBG RAKAN MAB TERKINI.. 
Bagi yang ingin mendapatkan MAB ini, kiranya anda berada berhampiran kawasan liputan saya, bolehlah terus mendapatkannya in-person dengan saya ye..tapi jgn risau bg yg diluar kawasan liputan pun anda masih boleh dapatkannya dengan cara pos. Berikut bagi sesiapa yang ingin dptkn by hand yang hampir dgn sub-dealer2: 
Dapatkan MAB anda di kawasan:-  

Kuala Lumpur:  
1) Bangsar sekitar UOA2 & Dataran Maybank -Pn. Syuhada: 019-3563292  
2) Bkt Antarabangsa, Gombak, Wangsa Maju, Danau Kota KL - Pn Sazlita 012-9421798 (ada juge stok Madu Habatussauda) 
3) Bukit Aman, Pantai Dalam - Pn Eena 012-9169513 (ada juge stok Madu Habatussauda) 
4) RTM Angkasapuri - Mida 012-9570165  
5) Universiti Malaya UM, PPUM, Damansara Damai, Sg. Buloh, Sg. Penchala, Sri Damansara, Mutiara Damansara, TTDI - Pn Balqis 019-3008681 (ada juge stok Madu Habatussauda) 
6) Kota Damansara - Pn Zura 012-2634623  
7) Cheras - Pn Farah 016-6010019 
8) Cheras, Tasik Baiduri, Bangsar UOA, Dataran Maybank - Pn Nini 012-6973142 
9) Dataran Maybank Bangsar - Pn Wati 019-2865049 
10) Bukit Beruntung, Bkt Sentosa, Serendah, Rawang - Pn Nadia 019-3081489 
11) Tesco Ampang, Kg Pandan, Desa Pandan, Jln Uthant, Dato Keramat - Pn Hidayah 016-3234116 
12) Sri Gombak - Pn Hani 017-6202060 
13) Cheras - Hamizan 019-3744534
14) Jln TAR, Jln Raja Laut - Pn Azlina 019-6668453
15) Cheras Utama, Desa Baiduri, Hussein Onn, Cheras Perdana, Bkt Anggerik, Bkt Cheras, Cheras Mas, Tmn Minang, Hulu Langat-Tmn Sri Nanding - Pn Eza 016-3237545
16) Jln San Peng KL - Pn Nurhana 014-6558500
17) RHB Centre Jln Tun Razak KL - Pn Zulyana 013-3873873
18) Bkt.Indah, Rasmi Jaya Ampang: Zaikiah 012-3990273
19) Desa Tasik, Bdr.Tasik Selatan, Sg.Besi, Bkt.Jalil: Pn Faziatun 012-2426379
20) KLCC-Etiqa Twins & Tmn Seri Sentosa Klang Lama: Pn Zila 019-2638912
21) KLCC, Tmn Samudra, Kepong : Pn Lina 019-2311997
22) Perpustakaan Negara, Ambank Jln Rj.Chulan, Tmn Amansiara & Pekan Rawang: Pn Wani 019-2340303

PJ & Lembah Klang:  
1) Kg. Lindungan, Bandar Sunway & MBPJ - Pn. Aziah 03-78766275
2) Kg Dato Harun Pj - Pn Sazlita 012-9421798
3) Taman Medan - Pn Leha 013-6331585
4) Bandar Klang, Bukit Raja, Andalas & Port Klang - Pn Mahiran 019-2415121
5) Shah Alam & Banting - Pn Rohayu 016-2060608
6) Banting, Kapar Klang - Cik Ain 012-2657963
7) Kota Kemuning, Sri Muda, Jalan Kebun, Kg Jawa, Klang - Pn. Julaiha 019-265 3237
/ Tmn Seri Ijok, Bandar Ijok, Kota Puteri, Kuala S'ngor - Pn. Julaiha 019-265 3237
8) Jln Kebun, Klang, Kg. Jawa - Pn Siti 016-2577269
9) Cyberjaya & Putrajaya - Pn Aida 012-3057434
10) Klang, Telok Panglima Grg, Banting, Shah Alam- Pn Su 013-3376318
11) Rawang, Batang Kali, Rasa, Kuala Kubu Baru - Pn Marina 017-2364062
12) Putrajaya Parcel E - Pn Suhada 013-9920744
13) Putrajaya Parcel A - Pn Eina 019-6659913
14) Puchong, Bangsar UOA, Dataran Maybank - Pn Rohaida 012-2226489
15) Pinggiran USJ, Batu3 Shah Alam, Tmn Subang Emas -Pn Siti 010-2255281
16) Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong - Pn Iffah 016-4144735
17) Putra Heights, Bandar Sunway - Pn Zila 019-2226916
18) Bandar Baru Sungai Buloh - Pn Noraini 013-3335499
19) Bandar Tasik Putri Rawang - Pn Niza 012-6145328
20) Datuk Panglima Grg, Sijangkang, PERWIRA - Pn Ima 012-6420851
21) Alam Jaya, Puncak Perdana, Puncak Alam, Meru / Kapar Klang, Setia Alam - Pn Suri 012-2690033
22) Shah Alam Seksyen 18, seksyen 26 dan sekitarnya - Pn. Nana 0122648469
23) Taman Sri Muda dan sekitarnya - Pn. Za 0137209051
24) Bukit Rimau dan sekitarnya - Pn. Nora 0193685669
25) Saujana Utama, Bdr Tasik Puteri - Pn Suri 012-2690033
26) Kemuning Utama, Giant Kemuning, Bandar Kinrara, Puchong - Pn Nida 019-2201635
27) Paya Jaras, Sg. Buloh - Pn Sabariah 017-3748496
28) Meru, Kapar - Pn Suzanah 012-9278573
29) USJ, Subang Jaya - Pn Norazlina 019-4758708
30) Kg. Nakhoda, Kg. Sg.Tua, Bt.Caves dan Selayang - Pn. Nabila 016-2052435
31) Kg.Sri Aman, Puchong Indah - Pn Zulyana 013-3873873
32) Saujana Utama 1, Paya Jaras, Sg.Buloh - Pn Sarimah 012-3005710
33) Tasik Biru, Kundang, Kuang, Bkt.Rahman Putra, Bdr Sri Damansara - Pn Saadiah 019-5132363
34) Kuala Selangor, Meru, Sekinchan, Sg.Besar, Sabak Bernam - Pn Noraniza 016-2883472
35) Shah Alam Sek.7, Kg.Kenangan Puchong: Feza 012-9079447
36) Sek.16 P.J: Pn Amalina 019-2690286

BANGI / KAJANG / NILAI:  
1) Bandar Seri Putra / Bangi Lama -Pn Syuhada 019-3563292
2) Bandar Bukit Mahkota Bangi - Pn Aida 012-3057434
3) Tmn Impian Putra Bangi - Pn Bushra 013-5303039 (ada juge stok Madu Habatussauda)
4) Bandar Tasik Kesuma, Pekan Kajang - Pn Nadia 016-3409451
5) Sg. Tangkas Bangi - Pn Siti 010-7967313
6) Tmn Sepakat Indah Kajang, Seksyen 7/8 Bangi, Bangsar UOA, Dataran Maybank - Pn Fauziah 012-7640760 (ada juge stok Madu Habatussauda)
8) Bandar Rinching Sek.5, Tesco Semenyih - Pn Azilah 013-6029600
9) UPM Serdang - Pn Asfa 013-6059166
10) Salak Tinggi, Kota Warisan, Sepang, Bagan Lalang, Sg Pelek, Tg. Sepat & Nilai, Bangsar UOA, Dataran Maybank Bangsar - Pn Hasnah 013-2043352
11) Banting - Pn Rohayu 016-2060608
12) PGA Semenyih, Tesco Semenyih, Beranang - Pn HIdayah 016-3234116
13) Bdr Baru Salak Tinggi, KLIA, LCCT, Bdr Sri Ehsan, Bkt Changgang, Dengkil, Jenderam, Kota Warisan, Bdr Enstek - Pn. Bashah 013-2495877
14) Kuala Selangor, Meru, Sekinchan, Sg.Besar, Sabak Bernam - Pn Noraniza 016-2883472
15) Tmn Langat Murni, KLIA, Nilai - Pn Anis 017-2976070
16) Semenyih & Bdr Baru Bangi - Pn Aida (Butik SPA Aida VOC) 010-2216559
17) Tmn.Pelangi Semenyih - Pn Marzuin 012-2226692

N.SEMBILAN:  
1) Seremban & Senawang - Pn Hazizah 013-6677848
2) Seremban Plaza & Jelebu - Pn Azza 019-3453324 (ada juge stok Madu Habatussauda)
3) Nilai Perdana - Pn Noraini 013-3845212
4) Senawang - Pn Zanarita 019-3863341 (ada juge stok Madu Habatussauda)

MELAKA:  
1) Bandar Melaka- Pn Diana 014-7241254
2) Bt Berendam , Ayer Keroh - Pn Abby 017-6845390
3) Peringgit Jaya - Pn Anom 017-3088574
4) Jasin - Pn Azlinda 012-7435208
5) Bukit baru - Ifa 016-6630063
6) Seluruh Melaka, Jasin, Merlimau, Masjid Tanah & Muar - Pn Noraziah 017-6369419

JOHOR:
1) Skudai , Kangkar Pulai - Pn Alifah 017-7777930 (ada juge stok Madu Habatussauda & MBU)
2) Johor Jaya - Pn Ratina 017-7189327
3) Kulai Jaya - Pn Norlie - 012-7160854
4) Taman Dahlia Pasir Gudang - Pn Lieza 019-9040008
5) Pontian & JB - Pn Hafiza 012-7904143
6) Senai - Pn Herny Yusnita 016-7003905
7) JB Permas Jaya, Larkin - Pn Azlina 019-6668453
8) Ulu Tiram - Pn Anisah 013-7644818 / 017-7514987
9) Tangkak - Pn Azlinda 012-7435208 (ada juge stok Madu Habatussauda & MBU)
10) Ayer Hitam, parit raja, batubpahat - Pn Hafizah 017-7071360
11) Pasir Gudang - Pn Zarinah 017-7252044
12) Tmn Scientex, Kota Masai, Bt.Pahat: Ida 013-7726564

KEDAH/PERLIS:  
1) Kulim, Sg Petani, Penang - Niza 012-3459935
2) Kulim - Pn Shila 012-4812596
3) Kangar & Arau - Pn Suzana 013-4203710
4) Sik, Sg Petani, Alor Setar - Pn Noraini 019-5293157
5) Sg Petani, Gurun - Pn Wan 019-7654278/ 017-4616459
6) Jitra & Alor Setar - Pn Siti Norbaya 017-4672519
7) Tanjung Dawai & Merbok - Siti Balkhis 019-4250680 (ada juge stok MBU)
8) Penang, butterworth, permatang pauh, Uitm - Iza Sazanita 019-4113105
9) Alor Setar - Pn Ainna 019-2716844

PULAU PINANG: 
1) Penang - Niza 012-3459935
2) Penang, Butterworth, Permatang Pauh, UiTM - Iza Sazanita 019-4113105
3) Bayan Lepas, Relau - Pn Sheila 017-4310436
4) Bkt.Mertajam, Bdr.Perda - Pn Wati 019-4748612

PERAK: 
1) Seri Iskandar, Bota - Pn Faizah 017-5633402
2) Ipoh: Kg.Pengkalan Pegoh (berdekatan Aoen Jusco/Tesco baru) - Pn Narimah 013-5301330
3) Simpang Pulai, Gopeng - Wan Nurul faizah Zahudie 012-9713791
4) Parit Buntar- Zaini 019-4882553
5) Seri Manjung - Pn Asyikin 012-9878578
6) Taiping, Parit Buntar - Pn Faridah 012-4714938
7) Tambun, Ipoh - Pn Fauziah 014-3070026
8) Manong, Manjung - Pn Suzilawati 013-5917588

TERENGGANU:  
1) Dungun - Pn Habibah 09-8444410 / 013-9166550 @ Pn Wani 019-9012037 
2) Kuala Terengganu & Gong Badak - Pn Liza 019-9854145 (ada juge stok Madu Habatussauda)
3) Kuala Terengganu & Bukit Payung - Pn Huda 013-9103323
4) Kuala Terengganu & Felda Belara - Pn Suraya 019-9169117
5) Kemaman - Pn Siti 019-4448906
6) Besut - Pn Ros 013-4078676
7) Padang Nenas - Pn Ayu 017-9378272
8) Dungun area SURA -Pn Yati 012-5239335
9) Kijal, paka - Nurul Ain 012-9578804
10) Sungai Tong - Pn Nik 013-9704817
11) Wakaf Tengah - Pn Su 019-9904514
12) Manir - Kak Lah 014-8374178
13) Kg. Pinang Merah - Aina 013-5117124
14) Binjai, Kemaman - Rohaida 014-5310285  

KELANTAN: 
1) Kota Bharu, Padang Bonggor - Pn Ayu 017-9378272
2) Pasir Mas, Kelantan - Pn. Nany 013-9395159 / Pn. Nor 013-9538313
3) Chiku, Gua Musang - Pn Zabariah 013-9358197
4) Wakaf Bharu, Tumpat - Pn Na 019-9173500 / 013-93359425) 
5) Kota Bharu - Kak Jah 012-9841565 
6) Rantau Panjang - Pn Norsyanizan 014-8285245
7) Machang - Pn Zuraini 013-9170406

PAHANG:  
1) Kuantan/Inderapura/Indera Sempurna -  Pn Hazwani 019-9012037 (Madu Habatussauda)
2) Bandar Kuantan, Balok, Beserah, Sg Karang & Semambu -Pn Za 019-9697571 (Madu Habatussauda & MBU)
3) Balok - Pn Rohaya 013-9016167
4) Tanjung Api - Pn Za 013-9204411
5) Balok Perdana - Pn Nani 014-5378875
6) Batu 4, Jalan Gambang - Pn  Aida 013-9464737
7) Perniagaan Al-Wahida, Bandar Bera - Pn Hanani 013-9534313
8) Taman Dato Rashid, Kuantan - Pn Ima 011-12152124
9) Semambu - Pn Ayu 013-9687121
10) Inderapura/Kuantan - Pn Gee -  019-9427257
11) Kuala Lipis -Pn Saripah 019-9184248
12) Gambang - Pn Dah 013-9077453
13) Temerloh - Pn Nora 013-9146483 / 017-9240858
14) Permatang Badak/Semambu - Pn Nurul 019-9485346
15) Pekan - Pn Yanti 013-9849598
16) Kuantan, Temerloh, Maran - Inai sari Butik & Spa 012-9856875
17) Sg Soi, Bdr Kuantan (Mahkamah) - Pn Rohani 019-9355943
18) Batu Hitam - Pn Edira 012-9644900
19) Triang, Kemayan, Bera - Pn. Rosnawati 019-9414777
20) Raub, Keratong - Pn Noraidah 019-9790496
21) Bentong - Pn Siti 012-9370826
22) Muadzam Shah - Pn Nadia 012-9297000
23) Maran - Pn Mariatun 019-9100551 
24) Jerantut, Bdr Pusat Jengka, Mentakab - Pn Norsalawati 019-9156411
25) Kerayong - Pn Norlin 013-9533427
26) Bera, Kerayong, Felda Mayam/ Kumai/ Sebertak/ Rentam/ Tementi - Pn Noorfazliana 014-5111000/ 013-6661000
27) Sg.Koyan, Pdg.Tengku, Kuala Lipis: Umi 017-6819705
28) Kuantan-Kemaman : Feenaz 013-4809069
29) Taman Kg. Padang - Pn Zie 011-29378171
30) Alor akar - Pn syahida 019-2059587
31) Taman Impiana - Asma 012-9029964 / 013-9891907
32) Taman Impiana, Indera Mahkota - Nurul 013-9955861
33) Kuantan - Sya 013-2190853

SARAWAK:  
1) Kuching, Saratok -Pn Cykin 019-8283207
2) Sibu - Pn. Roziah 013-8042475
3) Bintulu - Pn Salmi 019-4591527
4) Semariang, Kuching - Pn. Razzieah 014-8877721
5) Limbang - Azzka Beauty Care 019-8989489
6) Kuching, Samarahan - Pn Nadia 016-8792990
7) Kuching - Pn Daisy 012-8055323

SABAH:  
1) Kota Kinabalu- Pn Ida 019-3231313
2) Kota Kinabalu - Pn. Jaclynn 013-8853001
3) Keningau , Tambunan - Pn Salmiah 019-8502467
4) Kota Kinabalu, Menggatal & Labuan - Pn Rasidah 019-5371037
5) Beaufort sabah - Dg Noor Aidah Abd Momin 014-6790775
6) Tamparuli - Pn Laila 016-8376879
7) Keningau - Pn Shima 019-8453950
8) Putatan & KUdat - Pn Sermilah 016-8627633
9) Kota Kinabalu - Pn Mariati 017-8304348
10) Beaufort, Kuala Penyu, Membakut - Lisdah, 0138688373

BRUNEI:  
1) Gadong - Pn Hjh Mariam +673 8645115
2) RPN Kg. Rimba, Bandar Brunei - Pn Hjh Siti Norul Fatimah +6738131119
3) Brunei/Muara & Tutong - Pn Azliana +673 8607740
4) Brunei Muara & Berakas - Pn Elly +673 7114869
5) Kg.Sengkurong, Brunei Muara - Pn DK Norhajimah +6738726670

 

Copyright © 2010 Maajun Anggun Bistari