Adakah Sebelum Ini Anda Mengalami Perkara Seperti Berikut:
*Kegatalan pada kemaluan?
*Selalu keluar cecair yang berwarna putih dan kekuningan disertai dengan bau?
*Ketidakselesaan apabila “bersama” suami?
*Terpaksa memakai ‘panty-liner’ tiap-tiap hari?
*Anda menjadi kurang keyakinan diri
*Dan hubungan anda dengan suami semakin dingin?
Jika JAWAPAN anda kepada persoalan diatas “YA”... Maka saya pasti
kerunsingan dan keresahan anda terhadap perkara tersebut akan lenyap
selama-lamanya...
JANGAN ANGGAP REMEH TERHADAP KEPUTIHAN...
Ramai wanita termasuk diri saya menganggap keputihan itu adalah gejala
yang normal dan akan sembuh dengan sendirinya. Tetapi saya silap!
Keputihan adalah lebih jauh daripada itu...
Tahukah anda bahawa keputihan terjadi disebabkan oleh 2 sebab ini. Iaitu
jangkitan bakteria seperti Bacteria Vaginosis ataupun kulat seperti
Trichomoniasis dan Candida Albican.
Jika rawatan kulat ini tidak dirawat, maka kesannya akan menjadi
bertambah teruk. Kulat ini mampu merebak keseluruh tubuh anda dan
seterusnya jangkitan ini boleh menyerang organ-organ penting dalam badan
anda.
Jangkitan bakteria atau kulat ini juga mampu merebak ke pasangan kita.
Hasilnya organ seksual lelaki juga akan mengalami kegatalan, kemerahan,
kesakitan dan juga kulit melecet.
APA ITU MASALAH KEPUTIHAN
Masalah keputihan dan jangkitan kuman 'Keputihan’yang disebabkan oleh
keluaran lendir dari faraj seringkali menimbulkan kerunsingan dan
ketakutan di kalangan wanita-wanita.
Perkara yang paling ditakuti sekali ialah jangkitan kuman (venereal disease) seperti
siplis dan gonorrhea iaitu penyakit yang dijangkiti menerusi hubungan
seks. Perkara lain yang merunsingkan wanita ialah kemungkinan beliau
mengidap penyakit kanser pada bahagian peranakan. Bagi gadis-gadis yang
belum berkahwin, pengeluaran keputihan menimbulkan persoalan samada
mereka mengidap penyakit yang mengancam kesuburan mereka di masa hadapan
kelak.
PERANAN LENDIR DI DALAM FARAJ
Pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya menandakan
penyakit. Disebaliknya ia mungkin tanda perkara biasa sahaja. Lendir
dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk tujuan tertentu. Ia
dikeluarkan oleh sel-sel dan kilang-kilang khas pengeluar lendir.
Lendir ini mempunyai tugas pelindung kepada sel-sel dan dinding saluran
faraj. Jika tanpa lendir, sel-sel tersebut akan menjadi kering dan
rosak. Kekeringan faraj sering dialami oleh wanita-wanita yang telah
putus haid (menopause) dan ini boleh
menimbulkan masalah seperti rasa sakit sewaktu bersetubuh dan terkeluarnya darah
dari dinding faraj.
Lendir faraj juga mempunyai peranan penting dalam persetubuhan dan
pengeluaran lendir bertambah banyak ketika naik syahwat dan ketika
bersetubuh. Dalam
keadaan demikian lendir adalah dikeluarkan oleh kilang-kilang lendir
yang khusus dan terletak di bibir faraj. Keluaran lendir dari faraj yang
berlebihan boleh berlaku di kalangan gadis-gadis yang sedang di alam
percintaan dan gadis-gadis yang tinggi syahwatnya.
Pangkal rahim (cervix) juga mengeluarkan lendir dengan tujuan-tujuan
tertentu. Lendir pangkal rahim memainkan peranan dalam percantuman di
antara benih lelaki (sperma) dan benih perempuan (ovum) di dalam proses
persenyawaan.
Lendir ini mempunyai daya untuk membekal makanan dan tenaga kepada
benih-benih lelaki untuk beberapa hari dalam keadaan hidup jika sperma
terletak di dalam lendir di pangkal rahim (pada kebiasaannya benih
lelaki hanya hidup di antara 24-48 jam sahaja). Sifat dan keadaan lendir
di pangkal rahim berubah dengan pusingan haid oleh sebab terpengaruh
dengan perubahan paras hormon.
APAKAH YANG MENGAWAL PENGELUARAN LENDIR?
Pengeluaran lendir dari faraj adalah dipengaruhi oleh paras
hormon-hormon iaitu estrogen dan progesteron di dalam darah wanita.
Hormon-hormon tersebut menambah bilangan kilang-kilang lendir dan
membesarkan saluran-salutran kilang tersebut. Kenaikan dalam paras
hormon tersebut, menambahkan lagi pengeluaran lendir dari dinding faraj
dan pangkal rahim.
Keadaan ini sering kita temui apabila seorang wanita hamil. Ketika
kehamilan kandungan hormon estrogen dan progesteron meningkat naik dan
ini seringkali
menyebabkan pengeluaran lendir yang berlebihan dari biasa.Keadaan yang
sama seringkali dialami oleh wanita-wanita yang memakan pil perancang
keluarga kerana pil tersebut mengandungi kedua jenis hormon etsrogen dan
progesteron. Wanita-wanita yang sedang dalam rawatan dengan ubat-ubat
hormon oleh sebab penyakit yang tertentu seperti endometriosis
kadang-kala juga mengalami pengeluaran lendir yang berlebihan.
Keadaan-keadaan tersebut di atas adalah dianggap sebagai fisiologi atau
biasa dan tidak perlu merasa gempar atau bimbang. Pengeluaran lendir
yang berlebihan juga boleh berlaku kerana gangguan jiwa seperti keadaan
yang menimbulkan kesedihan atau
kegembiraan yang amat sangat. Begitu juga wanita-wanita yang bekerja
kuat dan memerlukan tenaga fizikal yang banyak, pengeluaran lendir yang
berlebihan juga boleh berlaku. Sifat lendir atau keputihan yang normal
pada kebiasaannya adalah jernih, cair tanpa berbau dan tidak diiringi
rasa gatal.
KEPUTIHAN SEBAGAI TANDA PENYAKIT
Pengeluaran lendir atau keputihan boleh menandakan sejenis penyakit pada
faraj dan sistem peranakan. Di dalam keadaan sedemikian, pada
kebiasaannya lendirnya bersifat
putih pekat, kelihatan seperti nanah, seringkali berbau busuk serta
diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj. Adakalanya warna lendir
itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. Ini adalah
tanda yang perlu diawasi kerana ada kemungkinan besar ada sejenis
jangkitan kuman berlaku.
JENIS-JENIS JANGKITAN KUMAN
Beberapa jenis kuman boleh menjangkiti faraj, rahim dan saluran
fallopian. Sesetengah daripada jangkitan kuman hanya terhad kepada faraj
tanpa melibatkan rahim dan saluran fallopian. Keadaan ini tidak begitu
membahayakan. Tetapi apabila
jangkitan kuman merebak kepada saluran fallopian di antara perkara-perkara yang
akan timbul dalam jangka-masa panjang ialah kemandulan, masalah haid, kesakitan
dan lain-lain.
* Kuman
Kuman bakteria jenis E-coli adalah kuman yang sering menjangkiti kemaluan dan
perkakas peranakan. Kuman-kuman yang lain yang merbahayakan ialah kuman
gonorrhea dan siplis. Kuman yang digelar dengan nama ‘Trichomonas’ sering juga
menjangkiti kemaluan dan menyebabkan pengeluaran lendir yang berwarna kehijauan
dengan disertai gatal-gatal dan bau busuk
* Kulat
Kulat yang digelar dengan nama ‘Monilia’ atau ‘candida’ sering menjangkiti wanita yang sedang hamil atau mengidap kencing manis.
* Virus
Virus seperti ‘herpes’ dan ‘chlamydia’ sering menjangkiti kemaluan dan perkakas
peranakan.
ADAKAH BAHAYA JANGKITAN KUMAN?
Ada beberapa jenis jangkitan kuman yang boleh membahayakan terutama jika
ia menyerang saluran fallopian. Ia menyebabkan kemandulan, kesakitan
ketika haid, pendarahan yang banyak selepas persetubuhan.
Kuman yang hanya menyerang faraj dan pangkal rahim kurang merbahaya kerana
masalah-masalah yang ditimbulkan adalah kecil iaitu sakit sewaktu bersetubuh,
pendarahan selepas bersetubuh. Tetapi ia jarang menyebabkan masalah-masalah
yang teruk dan kemandulan.
BAGAIMANA KUMAN BOLEH BERJANGKIT?
Wanita-wanita yang hamil, selepas bersalin, selepas keguguran, memakan
pil perancang keluarga, memakai alat dalam rahim seperti IUD dan lepas
putus haid mempunyai lebih risiko untuk dijangkiti kuman. Kebanyakan
jangkitan kuman adalah hasil dari perhubungan seks.. Oleh itu adalah
tidak memeranjatkan jika penyakit tersebut lebih sering dihadapi oleh
wanita-wanita pelacur dan mereka yang mengamalkan seks rambang
(promiscuity).
Pasangan lelaki atau suami boleh mengidap penyakit yang sama khususnya
‘gonorrhea walaupun tidak mengalami apa-apa tanda penyakit tetapi ia
hanya menyimpan kuman tersebut di dalam kemaluannya dan boleh menjadi
sumber penularan dari satu mangsa ke
mangsa lain.
BAGAIMANA MAB BOLEH MERAWAT KEPUTIHAN YANG TERUK..
Anda hanya perlu mengambil MAB sebiji sehari selama 21 hari dan rehat
selama 6 hari..berapa lama dan berapa botol MAB yang perlu diambil
bergantung pada hormon badan masing2.
“...Kini, Bersedialah Untuk Mengucapkan Selamat Tinggal kepada Keputihan, Kegatalan Dan Bau Yang Kurang Menyenangkan!...”