Doa Nabi Zakaria agar diberi anak yang baik
رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
Maksudnya:
"Ya Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan".
( Surah Ali 'Imran 3:38 )
Imam al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat, sehinggalah baginda melihat anugerah Allah kepada Maryam berupa buah-buahan yang bukan pada musimnya. Maka baginda yakin Allah berkuasa memberikannya anak. Zuriat dalam ayat ini bermaksud anak yang bertaqwa dan berakhlak. ( Tafsir al-Samarqandi)
Digalakkan pasangan yang belum beroleh zuriat agar berdoa dengannya. Di samping memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah Allah yang hebat itu.