Keblinger

Keblinger

APA KAITAN MAAJUN ANGGUN BISTARI (MAB) DENGAN RAPUH TULANG...

| Tuesday, February 28, 2012
Assalamualaikum kepada pengunjung setia blog saya..

APA KENA MENGENA MAAJUN ANGGUN BISTARI (MAB) DENGAN ARTIKEL HARIAN METRO TENTANG MAAJUN PUNCA TULANG RAPUH...

Jawapannya tak de kena mengena langsung.. MAB selamat, suci lagi halal. Saya sangat yakin dan berani jamin. Seperti yang kita semua tahu MAB hanya mengandungi herba-herba semula jadi dan tak de bahan kimia yang meragukan.

MAB dihasilkan daripada kacip fatimah, serapat, senduduk, inai, manjakani, madu, jintan hitam atau lebih dikenali dengan habbatussauda. So, kenapa anda masih ragu-ragu?

Untuk pengetahuan anda semua..saya telah membuat ujian makmal terhadap MAB secara tidak formal. Dan hasilnya memang positif.. MAB tidak mengandungi bahan yang boleh membahayakan kesihatan kita. Saya sendiri mengamalkan MAB, jika ianya merbahayakan.. saya adalah orang pertama yang akan mencampakkan MAB ni ke dasar laut.

Kenapa saya tidak dapat beri bukti bertulis berkenaan ujian makmal yang saya buat kerana ianya salah disisi undang-undang KERAJAAN MALAYSIA..

Saya pernah berusaha untuk dapatkan bukti bertulis kaitan dengan ujian makmal terhadap MAB tetapi ianya tak semudah yang disangka. Banyak prosedur yang saya perlu lalui. Bahkan sampel saya telah direject dan tidak dibenarkan untuk membuat ujian makmal kerana.... MAB tidak berdaftar dalam erti kata lainnya, MAB tidak mempunyai lesen.

Untuk mendapatkan lesen produk MAB ni adalah tanggungjawab pengeluar produk. saya hanya pengedar sahaja...wallahualam.

MAAJUN PUNCA TULANG RAPUH...

|
Maajun punca tulang rapuh
Oleh Ainal Marhaton Abd Ghani
bhnews@bharian.com.my
2012/02/04


KAMISAH cedera serius pada tulang pinggul dan tidak dapat bergerak kecuali berbaring menunjukkan gambarnya ketika sihat di rumahnya dekat Taman LKNP, Bukit Setongkol.


KAMISAH cedera serius pada tulang pinggul dan tidak dapat bergerak kecuali berbaring menunjukkan gambarnya ketika sihat di rumahnya dekat Taman LKNP, Bukit Setongkol.
KAMISAH cedera serius pada tulang pinggul dan tidak dapat bergerak kecuali berbaring menunjukkan gambarnya ketika sihat di rumahnya dekat Taman LKNP, Bukit Setongkol.
Wanita makan ubat tradisional setahun lalu selepas hidap denggi

KUANTAN: Seorang ibu tunggal kini derita penyakit tulang rapuh gara-gara mengambil maajun tradisional secara aktif selama hampir setahun.
Kamisah Abdul Majid, 52, mula mengambil maajun berkenaan selepas disyorkan rakannya yang mendakwa ubat itu boleh mengembalikan tenaganya selepas diserang demam denggi pada awal 2008.
Sejak itu, dia terus makan jamu berkenaan secara konsisten sebagai makanan tambahan kerana yakin khasiatnya sehingga terfikir untuk menjadi pengedarnya.

Bagaimanapun, segala-galanya berubah selepas terjatuh ketika hendak mendaftar sebagai ahli Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pada satu program diadakan di Balok di sini, pada September 2009.

“Selepas menjalani ujian imbasan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), doktor pakar mengesahkan tulang pinggul saya cedera teruk.

“Selama sebulan saya dirawat di HTAA, doktor pakar tulang mengesahkan penyakit saya berkemungkinan berpunca daripada sejenis bahan di dalam maajun itu yang membuatkan tulang pinggul reput secara perlahan-lahan.
“Doktor pakar menyarankan saya menjalani pembedahan untuk memasukkan besi bagi menggantikan tulang rosak tetapi selepas melakukan pelbagai ujian kesihatan, pembedahan itu terpaksa dibatalkan kerana saya turut mengalami masalah paru-paru dan jantung,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman LKNP, Bukit Setongkol di sini, semalam.

Berikutan itu, beliau yang bekerja sendiri kini hanya mampu terbaring dan terpaksa menggolekkan badan atau menagih simpati ibu, Siti Zaharah Embong, 75, serta dua anaknya yang berusia 18 dan 19 tahun, manakala anak sulungnya berusia 25 tahun belajar di Johor Bahru.

“Saya tidak tahu sampai bila saya harus berkeadaan begini,” katanya yang kini bergantung kepada bantuan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masing-masing RM300 setiap bulan.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mohd Hazmi Yusof yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Keluarga dan Masyarakat Penyayang (MAYANG) Parlimen Indera Mahkota, berkata pihaknya akan menyumbang kerusi roda khas memudahkan pergerakan Kamisah.


Benarkah majun punca tulang wanita ini retak dan rapuh?

Setiap pengesahan perlu disertakan bukti makmal, bukannya hanya berdasarkan andaian dan tanggapan semata-mata. Bukankah lebih baik dan adil jika setiap dakwaan disertakan dengan bukti makmal. Jelaskan dengan terperinci dan jangan sorok-sorok. Bagitau la apa nama maajun yang Pn. Kamisah Abdul Majid tu makan kenapa nak sembunyikan...

Pengguna majun itu bukan seorang, malah ramai orang yang menggunakannya. Kenapa tak siasat kesan penggunaannya terhadap pelanggan yang lain. jika majun yang Pn. Kamisah makan itu terbukti memudaratkan, sudah tentu ada pelanggan yang menerima nasib yang sama dan dirawat di hospital yang lain. Tuduhan liar bukan sahaja menjejaskan perniagaan IKS dan pengamal perubatan tradisional, malah menjejaskan integriti pihak hospital.

Jika ada bukti makmal, hal ini perlulah dilaporkan kepada pihak Kementerian Kesihatan agar tindakan tegas boleh diambil. Jangan membuat tuduhan secara umum kerana hal itu akan menjejaskan produk-produk kesihatan terutama majun. Tuduhan tanpa tindakan juga akan menyusahkan pengguna majun kerana tiada maklumat yang jelas tentang produk atau syarikat pengeluar yang menggunakan bahan terlarang.

JAMU REPUT TULANG...

|
Keratan Akhbar : Jamu reput tulang - Harian Metro, 3 Mei 2008 Posted by Izwanon 04/05/2008 (440 reads)

Jamu reput tulang - Harian Metro, 3 Mei 2008

KUALA LUMPUR: Kehidupan mewah dikecapi dalam tempoh singkat membongkar kegiatan licik seorang saudagar jamu yang mendakwa menggunakan ‘periuk ajaib’ untuk memasak pelbagai ubat-ubatan tradisional dicampur dengan pelbagai bahan kimia berbahaya termasuk steroid.

Lelaki berusia 40-an itu sebelum ini memperdaya orang ramai kononnya menggunakan resipi warisan turun-temurun untuk menghasilkan pelbagai jamu tradisional seperti mengembalikan ‘dara’ kepada wanita, memulihkan penyakit lumpuh, menguatkan syahwat lelaki dan pelbagai jenis penyakit gatal serta lenguh tulang.

Bagaimanapun, siasatan pegawai Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan mendapati dia menambah steroid dalam jumlah banyak pada pil atau kapsul jamu dihasilkan.

Lebih menakutkan, kapsul dan pil jamu yang boleh menyebabkan tulang rapuh itu kini dijual hampir di seluruh negara pada harga antara RM12 hingga RM20 sebotol.

Sumber penguat kuasa farmasi berkata, kegiatan lelaki itu terbongkar selepas sepasukan lebih 10 pegawai dari ibu pejabat yang dibantu cawangan Kedah menyerbu sebuah rumah di Sungai Petani, Kedah, semalam.

Dalam serbuan jam 11 pagi itu, penguat kuasa farmasi yang turut dibantu anggota Jabatan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah menyerbu rumah lelaki itu yang dipercayai menjadi tempat memproses jamu beracun secara besar-besaran.

“Serbuan dilakukan selepas pegawai farmasi melakukan intipan seminggu di kediaman mewah tauke jamu itu. Siasatan mendapati dia menjadikan bilik khas di belakang rumahnya sebagai dapur memproses ubat-ubatan dan jamu tanpa disedari jiran.

“Hasil serbuan, pegawai farmasi menemui ribuan botol pelbagai jenis jamu yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, Kementerian Kesihatan dan dikilangkan tanpa lesen sah,” katanya.

Sumber itu berkata, antara ubatan tradisional tidak berdaftar yang dirampas ialah jamu melawas kencing, menguruskan badan, majun Tupai Jantan, jamu Kacip Fatimah, ubat sakit buah pinggang, lelah, sakit sendi tulang dan seribu satu penyakit lain.

“Setakat ini pegawai farmasi mengenal pasti 10 jenis jamu haram yang disimpan dalam stor lelaki terbabit. Semua ubat-ubatan terlarang itu dianggarkan bernilai lebih RM50,000 mengikut nilai pasaran.

“Turut dirampas, periuk, baldi dan perkakasan yang digunakan untuk memasak jamu berkenaan yang dicampur dengan serbuk steroid sebelum diadun menjadi butiran pil kecil,” katanya.

Penguat kuasa farmasi turut menemui beberapa bekas berisi serbuk putih dipercayai steroid yang diseludup masuk ke negara ini.

“Ketika disoal siasat, lelaki itu mendakwa pernah cuba mendaftarkan ubat-ubatan tradisionalnya, namun ditolak kerana tidak mematuhi syarat.

“Namun, dia berdegil meneruskan perniagaannya dengan bantuan tiga rakan.

“Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda RM25,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali mengikut Peraturan 7(1)(b) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,” katanya.

Menurutnya, bahan steroid yang digunakan membuat jamu itu disenaraikan sebagai racun berjadual mengikut Akta Racun 1952.

“Kebiasaannya pesakit hanya menggunakan steroid sebagai ‘jalan terakhir’ selepas gagal menggunakan pelbagai kaedah lain,” katanya.

sumber: http://www.hmetro.com.my/Saturday/BeritaUtama/20080503110742/Article

MAB mengeratkan hubungan suami isteri..

| Thursday, February 23, 2012
Hubungan suami isteri memang tip top lah sejak saya amalkan makan MAB... rasa macam baru je kawin semalam, memang POWERR GILER... Alhamdulliah sejak makan MAB ni memang huby puji malah dia mengalakkan untuk terus makan MAB ni.

Badan kite rasa ringan sangat, breast rasa macam tegang jer. Yang pasti bertenaga dan tak letih..

saya 100% amalkan merancang dengan mab ni hampir 2 tahun selepas berpantang anak kedua....Alhamdulliah berjaya dan tanpa was-was.

Saya menggalakkan anda semua amalkan makan MAB daripada mengambil pil perancang yang kita sedia tahu tentang kesan buruk yang bakal kita terima.

Menyusukan anak dan mengambil MAB

| Wednesday, February 22, 2012
Alhamdulillah sepanjang saya menyusukan anak dan dalam masa yang sama mengamalkan MAB, saya tidak pernah mengalami masalah kekurangan susu. pengeluaran susu badan memang tiada masalah. Tetapi ibu-ibu dinasihatkan minum banyak air terutama air suam. MAB ini mengandungi herba-herba yang panas dan dikhuatiri ibu-ibu akan mengalami kekurangan air dalam badan. Sekiranya ibu-ibu menyusu kekurangan air, anda mungkin akan mengalami gejala sakit kepala yang melampau.


Pada peringkat awal mengamalkan MAB, tidak dinafikan memang selera makan bertambah dari biasa. Tapi sedikit demi sedikit selera makan tu berkurang dengan sendirinya dan tanpa disedari berat badan pun berkurang.. Ini bermakna ibu-ibu yang baru lepas bersalin atau yang masih lagi menyusukan anak-anak kecil tidak perlu risau atau bimbang untuk menurunkan berat badan. MAB bersedia membantu anda untuk mendapatkan pakej yang paling hebat untuk merancang keluarga dan menguruskan badan.


Belum cuba belum tahu, dah cuba mesti nak selalu...Dapatkan MAB hari ini dengan menghubungi agen-agen MAB diseluruh negara.

Adakah saya perlu meninggalkan solat selama sebulan, sekiranya period saya tidak berhenti dalam tempoh tindak balas MAB?

| Monday, February 20, 2012
Maksimum kiraan period hanyalah 15 hari. Anda perlu menunaikan solat seperti biasa selepas kiraan 15 hari period. Ini kerana pada hari ke 16 ia tidak dikira period, tetapi ia dipanggil istihadhah (darah penyakit). Ini merupakan tindak balas MAB untuk menyucikan rahim dan membuang darah kotor.

Kenapa perlu rehat seminggu selepas habis sebotol MAB?

|
Pengamal MAB perlu berhenti makan MAB selama seminggu selepas habis 21 biji sebelum sambung kepada botol seterusnya. Jika hari terakhir mengambil MAB ialah hari ahad, maka mulakan botol seterusnya pada hari ahad berikutnya.

Contoh cara nak sambung botol seterusnya untuk mudah faham;

stop ahad sambung ahad,
stop isnin sambung isnin,
stop selasa sambung selasa
stop rabu sambung rabu
stop khamis sambung khamis
stop jumaat sambung jumaat
stop sabtu sambung sabtu
stop ahad sambung ahad


Bagi yang lupa makan MAB pada masa yang sepatutnya,

Samada anda makan waktu pagi mahupun malam, sekiranye terlupa makan hendaklah terus makan sebaik anda ingat. Sekiranya setiap hari anda makan jam 8 pagi, tetapi lupa nak makan 8 pagi anda kena makan apabila anda ingat. Jika anda terlupa juga nak makan sehingga waktu yang sepatutnya makan iaitu 8 pagi esoknya, anda kena makan 2 biji. 1 biji ganti yang lupa makan semalam dan 1 biji lagi untuk pagi ini.

Tidak digalakkan makan 2 biji sekali kecuali untuk lupa makan sahaja takut panas, jadi pengamal MAB perlu banyakkan minum air suam.

Pengamal MAB juga tidak digalakkan mengambil makanan yang boleh menyebabkan MAB tidak dapat memainkan peranannya seperti madu, ubat-ubat herba dan sebagainya. Seperti yang kita ketahui, MAB mengandungi herba-herba yang panas dan apabila pengamal MAB mengambil MAB serentak dengan madu atau herba-herba lain yang panas akan menyebabkan tidak balas atau keberkesanan MAB menjadi lemah..

Cara makan ini adalah khusus untuk yang ambil MAB untuk merancang atau menjarakkan keluarga. Sekiranya anda makan bukan untuk merancang, anda tidak perlu makan tepat pada waktu tetapi masih perlu berhenti rehat seminggu. Tapi anda perlu ingat dan berhati-hati kerana MAB juga boleh bertindak sebagai penyubur...Jika anda anak dara, janda, atau pun dah monopause tidak jadi masalah untuk tidak amal MAB ikut disiplin...

Pastikan anda makan tepat pada masa dan ikut disiplin makan yang betul sekiranya ingin jadikan MAB sebagai perancang keluarga. Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas kecuaian anda.. MAB boleh memberi 99% jaminan untuk merancang keluarga tetapi 1% lagi adalah kuasa ALLAH SWT. Kita semua hanya merancang tetapi Allah SWT juga yang akan menentukannya..

WAKTU YANG SESUAI UNTUK MULA MAKAN MAAJUN ANGGUN BISTARI (MAB)

| Sunday, February 19, 2012
Bilakah waktu terbaik untuk anda yang baru nak mula makan MAB?

Untuk mula makan MAB seelok-eloknya start pada hari ke 3 @ 4 period. Maknanya semasa period hari yang ke 3 @ 4. Ini bertujuan untuk memudahkan MAB adjust waktu period kita. Katalah period dah hari ke 4 kemudian bile makan MAB 21 bji selama 21 hari, jadi hari terakhir makan dah masuk hari ke 25 period dan tiba masa untuk cycle period yang baru.. kalu tak ikut hari ke 3 @ 4 nanti bile mula makan saja MAB dah period balik.

Bagi mereka yang kitaran periodnya tidak normal, tak datang period langsung, 2,3 bulan sekali baru datang, anda perlu mula mkan MAB bila-bila masa bila dapat MAB boleh terus makan, tidak perlu tungggu period. Untuk kes ini, MAB akan ambil masa untuk adjust period bagi normal semula.

Bagi mereka yang bermasalah period tak teratur atau ada ambil injection/pil perancang period akan sedikit kelam kabut pada permulaan makan MAB. Ada kes hingga sebulan datang 2kali period, ada yang period berterusan on n off 2 bulan, ada juga yang tak period langsung sampai 2 ke 3 bln.. Anda jangan risau kerana ianya normal, nanti bile dah serasi dengan MAB Insya Allah masalah ini dapat diatasi.

Bagi yang baru lepas bersalin samada secara normal atau pembedahan, anda perlu makan pada hari ke-44 selepas bersalin.

Cara makan ini boleh diamalkan oleh semua wanita samada belum berkahwin, yang ingin merancang atau sebagai ikhtiar untuk mengandung.

MAAJUN ANGGUN BISTARI(MAB) BOLEH KURUSKAN BADAN

| Tuesday, February 14, 2012
Fungsi MAB adalah untuk mengembalikan kesihatan dalaman wanita. Dalam masa yang sama MAB akan bertindak balas mengikut tahap kesihatan penggunanya. Tindak balas MAB tidak sama antara individu bergantung pada hormon badan individu.

Salah satu tindak balasnya ialah MAB mampu mengawal selera makan serta membuang lemak dan toksin dalam badan. Secara tidak langsung, tindak balas MAB ini boleh mengurangkan berat badan. Ramai pengguna MAB telah mengalami kesan ini.

Tapi perlu diingat, MAB bukan ubat untuk menguruskan badan. Jika anda mengambil MAB semata-mata untuk menurunkan berat badan, anda perlu membetulkan semula niat anda.

MAB berfungsi untuk mengembalikan kesihatan dalaman wanita. Jika anda dapat menurunkan berat badan dengan mengambil MAB, itu adalah bonus. Ramai customer saya yang berjaya mendapat bonus ini dengan mengamalkan MAB..
 

Copyright © 2010 Maajun Anggun Bistari