Keblinger

Keblinger

MAAJUN ANGGUN BISTARI BOLEH MERAWAT KEPUTIHAN

| Wednesday, November 30, 2011
Bagaimana Untuk Menghilangkan Keputihan?

Adakah Sebelum Ini Anda Mengalami Perkara Seperti Berikut:

*Kegatalan pada kemaluan?
*Selalu keluar cecair yang berwarna putih dan kekuningan disertai dengan bau?
*Ketidakselesaan apabila “bersama” suami?
*Terpaksa memakai ‘panty-liner’ tiap-tiap hari?
*Anda menjadi kurang keyakinan diri
*Dan hubungan anda dengan suami semakin dingin?

Jika JAWAPAN anda kepada persoalan diatas “YA”... Maka saya pasti kerunsingan dan keresahan anda terhadap perkara tersebut akan lenyap selama-lamanya...


JANGAN ANGGAP REMEH TERHADAP KEPUTIHAN...

Ramai wanita termasuk diri saya menganggap keputihan itu adalah gejala yang normal dan akan sembuh dengan sendirinya. Tetapi saya silap! Keputihan adalah lebih jauh daripada itu...

Tahukah anda bahawa keputihan terjadi disebabkan oleh 2 sebab ini. Iaitu jangkitan bakteria seperti Bacteria Vaginosis ataupun kulat seperti Trichomoniasis dan Candida Albican.

Jika rawatan kulat ini tidak dirawat, maka kesannya akan menjadi bertambah teruk. Kulat ini mampu merebak keseluruh tubuh anda dan seterusnya jangkitan ini boleh menyerang organ-organ penting dalam badan anda.

Jangkitan bakteria atau kulat ini juga mampu merebak ke pasangan kita. Hasilnya organ seksual lelaki juga akan mengalami kegatalan, kemerahan, kesakitan dan juga kulit melecet.


APA ITU MASALAH KEPUTIHAN

Masalah keputihan dan jangkitan kuman 'Keputihan’yang disebabkan oleh keluaran lendir dari faraj seringkali menimbulkan kerunsingan dan ketakutan di kalangan wanita-wanita.

Perkara yang paling ditakuti sekali ialah jangkitan kuman (venereal disease) seperti
siplis dan gonorrhea iaitu penyakit yang dijangkiti menerusi hubungan seks. Perkara lain yang merunsingkan wanita ialah kemungkinan beliau mengidap penyakit kanser pada bahagian peranakan. Bagi gadis-gadis yang belum berkahwin, pengeluaran keputihan menimbulkan persoalan samada mereka mengidap penyakit yang mengancam kesuburan mereka di masa hadapan kelak.


PERANAN LENDIR DI DALAM FARAJ

Pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya menandakan penyakit. Disebaliknya ia mungkin tanda perkara biasa sahaja. Lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk tujuan tertentu. Ia dikeluarkan oleh sel-sel dan kilang-kilang khas pengeluar lendir.

Lendir ini mempunyai tugas pelindung kepada sel-sel dan dinding saluran faraj. Jika tanpa lendir, sel-sel tersebut akan menjadi kering dan rosak. Kekeringan faraj sering dialami oleh wanita-wanita yang telah putus haid (menopause) dan ini boleh
menimbulkan masalah seperti rasa sakit sewaktu bersetubuh dan terkeluarnya darah
dari dinding faraj.

Lendir faraj juga mempunyai peranan penting dalam persetubuhan dan pengeluaran lendir bertambah banyak ketika naik syahwat dan ketika bersetubuh. Dalam
keadaan demikian lendir adalah dikeluarkan oleh kilang-kilang lendir yang khusus dan terletak di bibir faraj. Keluaran lendir dari faraj yang berlebihan boleh berlaku di kalangan gadis-gadis yang sedang di alam percintaan dan gadis-gadis yang tinggi syahwatnya.

Pangkal rahim (cervix) juga mengeluarkan lendir dengan tujuan-tujuan tertentu. Lendir pangkal rahim memainkan peranan dalam percantuman di antara benih lelaki (sperma) dan benih perempuan (ovum) di dalam proses persenyawaan.

Lendir ini mempunyai daya untuk membekal makanan dan tenaga kepada benih-benih lelaki untuk beberapa hari dalam keadaan hidup jika sperma terletak di dalam lendir di pangkal rahim (pada kebiasaannya benih lelaki hanya hidup di antara 24-48 jam sahaja). Sifat dan keadaan lendir di pangkal rahim berubah dengan pusingan haid oleh sebab terpengaruh dengan perubahan paras hormon.


APAKAH YANG MENGAWAL PENGELUARAN LENDIR?

Pengeluaran lendir dari faraj adalah dipengaruhi oleh paras hormon-hormon iaitu estrogen dan progesteron di dalam darah wanita. Hormon-hormon tersebut menambah bilangan kilang-kilang lendir dan membesarkan saluran-salutran kilang tersebut. Kenaikan dalam paras hormon tersebut, menambahkan lagi pengeluaran lendir dari dinding faraj dan pangkal rahim.

Keadaan ini sering kita temui apabila seorang wanita hamil. Ketika kehamilan kandungan hormon estrogen dan progesteron meningkat naik dan ini seringkali
menyebabkan pengeluaran lendir yang berlebihan dari biasa.Keadaan yang sama seringkali dialami oleh wanita-wanita yang memakan pil perancang keluarga kerana pil tersebut mengandungi kedua jenis hormon etsrogen dan progesteron. Wanita-wanita yang sedang dalam rawatan dengan ubat-ubat hormon oleh sebab penyakit yang tertentu seperti endometriosis kadang-kala juga mengalami pengeluaran lendir yang berlebihan.

Keadaan-keadaan tersebut di atas adalah dianggap sebagai fisiologi atau biasa dan tidak perlu merasa gempar atau bimbang. Pengeluaran lendir yang berlebihan juga boleh berlaku kerana gangguan jiwa seperti keadaan yang menimbulkan kesedihan atau
kegembiraan yang amat sangat. Begitu juga wanita-wanita yang bekerja kuat dan memerlukan tenaga fizikal yang banyak, pengeluaran lendir yang berlebihan juga boleh berlaku. Sifat lendir atau keputihan yang normal pada kebiasaannya adalah jernih, cair tanpa berbau dan tidak diiringi rasa gatal.


KEPUTIHAN SEBAGAI TANDA PENYAKIT

Pengeluaran lendir atau keputihan boleh menandakan sejenis penyakit pada faraj dan sistem peranakan. Di dalam keadaan sedemikian, pada kebiasaannya lendirnya bersifat
putih pekat, kelihatan seperti nanah, seringkali berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj. Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. Ini adalah tanda yang perlu diawasi kerana ada kemungkinan besar ada sejenis jangkitan kuman berlaku.


JENIS-JENIS JANGKITAN KUMAN

Beberapa jenis kuman boleh menjangkiti faraj, rahim dan saluran fallopian. Sesetengah daripada jangkitan kuman hanya terhad kepada faraj tanpa melibatkan rahim dan saluran fallopian. Keadaan ini tidak begitu membahayakan. Tetapi apabila
jangkitan kuman merebak kepada saluran fallopian di antara perkara-perkara yang
akan timbul dalam jangka-masa panjang ialah kemandulan, masalah haid, kesakitan
dan lain-lain.

* Kuman

Kuman bakteria jenis E-coli adalah kuman yang sering menjangkiti kemaluan dan
perkakas peranakan. Kuman-kuman yang lain yang merbahayakan ialah kuman
gonorrhea dan siplis. Kuman yang digelar dengan nama ‘Trichomonas’ sering juga
menjangkiti kemaluan dan menyebabkan pengeluaran lendir yang berwarna kehijauan
dengan disertai gatal-gatal dan bau busuk

* Kulat

Kulat yang digelar dengan nama ‘Monilia’ atau ‘candida’ sering menjangkiti wanita yang sedang hamil atau mengidap kencing manis.

* Virus

Virus seperti ‘herpes’ dan ‘chlamydia’ sering menjangkiti kemaluan dan perkakas
peranakan.


ADAKAH BAHAYA JANGKITAN KUMAN?

Ada beberapa jenis jangkitan kuman yang boleh membahayakan terutama jika ia menyerang saluran fallopian. Ia menyebabkan kemandulan, kesakitan ketika haid, pendarahan yang banyak selepas persetubuhan.

Kuman yang hanya menyerang faraj dan pangkal rahim kurang merbahaya kerana
masalah-masalah yang ditimbulkan adalah kecil iaitu sakit sewaktu bersetubuh,
pendarahan selepas bersetubuh. Tetapi ia jarang menyebabkan masalah-masalah
yang teruk dan kemandulan.



BAGAIMANA KUMAN BOLEH BERJANGKIT?

Wanita-wanita yang hamil, selepas bersalin, selepas keguguran, memakan pil perancang keluarga, memakai alat dalam rahim seperti IUD dan lepas putus haid mempunyai lebih risiko untuk dijangkiti kuman. Kebanyakan jangkitan kuman adalah hasil dari perhubungan seks.. Oleh itu adalah tidak memeranjatkan jika penyakit tersebut lebih sering dihadapi oleh wanita-wanita pelacur dan mereka yang mengamalkan seks rambang (promiscuity).

Pasangan lelaki atau suami boleh mengidap penyakit yang sama khususnya ‘gonorrhea walaupun tidak mengalami apa-apa tanda penyakit tetapi ia hanya menyimpan kuman tersebut di dalam kemaluannya dan boleh menjadi sumber penularan dari satu mangsa ke
mangsa lain.


BAGAIMANA MAB BOLEH MERAWAT KEPUTIHAN YANG TERUK..

Anda hanya perlu mengambil MAB sebiji sehari selama 21 hari dan rehat selama 7 hari..berapa lama dan berapa botol MAB yang perlu diambil bergantung pada hormon badan masing2.


“...Kini, Bersedialah Untuk Mengucapkan Selamat Tinggal kepada Keputihan, Kegatalan Dan Bau Yang Kurang Menyenangkan!...”

MAAJUN ANGGUN BISTARI (MAB) BOLEH MELAMBATKAN MENOPAUSE

|
BAGAIMANA MAB BOLEH MELAMBATKAN MENOPAUSE...

Dengan mengamalkan MAB, anda tidak akan menopause di usia yang terlalu awal iaitu sekitar 40-an. Biasanya hormon kewanitaan dikeluarkan oleh otak kita dengan aktif pada usia remaja sehinggalah usia sekitar 30-an. Disebabkan faktor usia, stress dan tekanan hidup otak kita menjadi kurang berkeupayaan merembeskan hormon tersebut untuk badan.

Jika masalah ini tidak diatasi dengan baik kita menjadi cepat tua dan akhirnya mempercepatkan kita menopause. Keadaan ini akan menimbulkan kesan yang tidak baik dalam hubungan rumah tangga. Hubungan seksual suami-isteri juga menjadi tidak harmoni disebabkan oleh faktor tersebut.

InsyaAllah dengan mengamalkan MAB masalah tersebut dapat diatasi dengan baik.



MAB JUGA SESUAI UNTUK PEREMPUAN BERUMUR (WARGA EMAS)

MAB bukan saja untuk wanita muda malah ianya sesuai untuk wanita berumur 50-an ke atas.

Antara khasiat-khasiatnya yang boleh diperolehi seperti melancarkan peredaran darah, memberi tenaga, lawas, menghilangkan kebas-kebas kaki/tangan dan sebagainya.

MAAJUN ANGGUN BISTARI SEBAGAI IKHTIAR UNTUK MENDAPAT ANAK

| Wednesday, November 23, 2011
Sebagai makluman, MAB ini bukanlah hanya semata-mata untuk family planning sahaja, malah MAB boleh dikatakan ubat pelbagai guna (multi-purpose). Pada umumnya MAB mempunyai khasiat-khasiatnya yang tersendiri berguna untuk kesihatan dalaman dan fizikal wanita. Dibawah ini diterangkan sedikit secara ringkas kegunaan MAB seperti mana yang dimaksudkan sebagai ubat pelbagai guna (multi-purpose).


BAGAIMANA MAB BOLEH DIJADIKAN SALAH SATU IKHTIAR UNTUK MENDAPAT ANAK...

Ramai yang keliru dengan fungsi MAB ini, tidak kurang juga yang memandang sinis dengan keupayaan MAB tapi MAB telah membuktikannya dengan izin ALLAH SWT.
Alhamdulillah, kita berikhtiar dan DIA yang menentukan.

Biasanya wanita yang mempunyai masalah period atau senggugut sukar untuk mengandung. Kemungkinan besar wanita ini mempunyai masalah dalaman pada peranakan seperti terdapatnya blocking pada peranakan seperti period tak keluar habis atau pun keputihan. Keadaan seperti ini akan menghalang perjalanan sperma lelaki menuju ke rahim untuk bercantum dengan benih perempuan. Dengan mengamalkan MAB, ianya mengeluarkan blocking tersebut supaya perjalanan sperma menjadi lancar. Dengan itu, proses untuk hamil akan lancar.

Jika anda mengambil MAB sebagai ikhtiar untuk hamil, anda perlu mengambil MAB dalam 3 atau 4 botol bergantung pada hormon badan anda. Sekiranya anda sudah serasi atau period anda sudah stabil atau teratur, maka anda hendaklah berhenti mengambil MAB. Ini kerana, jika period kita teratur ia memberi petunjuk bahawa rahim kita sihat dan sudah bersedia untuk hamil. Anda boleh merancang untuk hamil pula...

Jika anda mengambil MAB untuk menjarakkan kehamilan, teruskan pengambilan MAB sehingga anda betul-betul bersedia untuk menimang cahaya mata. Selagi anda mengamalkan MAB dan mematuhi cara makan MAB, insyaAllah anda selamat.

Semoga penjelasan saya dapat difahami dengan jelas. Terima kasih atas sokongan anda..... Jangan segan silu untuk mendapatkan penjelasan dari saya, sekiranya anda masih ragu-ragu.

MAAJUN ANGGUN BISTARI PLUS FAMILY PLANNING

|
Dari segi saintifiknya bagaimana MAB boleh bertindak sebagai family planning……..

1) Apabila kita makan MAB ianya ia akan meningkatkan temparature (suhu) badan dalam tempoh 24 jam. Suhu ini akan membuat satu invironment pada sekitar rahim kita (tempat pertemuan benih lelaki n perempuan) dimana pada suhu ini ianya akan membuatkan benih lelaki dan perempuan tidak aktif untuk bercantum (persenyawaan) untuk membentuk embrio (janin). Dengan kata lain chances utk pregnt adalah zero pada suhu ini.

2) Untuk pengetahuan dari ilmu kajian biologi benih(ovum) yg dihasilkan cuma ada hayatnya (umur) sehingga 24 jam sahaja. Jika benih ini tidak dapat bersenyawa dalam tempoh 24 jam ini maka ianya akan mati sendiri. Ini ada ketetapan umur benih sejak azali lagi yang Allah jadikan.

3) Jadi relate dgn maklumat diatas sebabt u lah MAB hanya dibuat berfungsi setakat 24 jam sahaja. Tujuannya supaya menyamai umur benih. Jadi dlm zon yang tidak selesa tu ia tidak berupaya utk combine dgn couplenya maka lepas tempoh 24 jam ia pun matilah sendiri n pada hujung bulan (time rest 7 hari) ia akan keluar melalui period. Jadi kalau dalam tempoh 24 jam tu kalau ia berjaya combine maka proses persenyawaan akan berlaku dan akhirnya membentuk embrio (janin)…. pregnant la jawabnya.

Kerana inilah MAB ni perlu makan ikut aturan dgn gap masa yg betul. +/- 2 jam adalah dikira 100% selamat. Jika tak ikut displin ni maka selepas 24 jam suhu badan akan normal dan benih akan kembali aktif n dlm zon yang selesa maybe ia berupaya untuk melakukan persenyawaan maka terpregntlah bagi org yg makan main2/lupa/tak ada displin.

4) Satu biji itulah dose yang betul utk membuat temperature yang tepat. Jika dilebihkan dose nnt blh membawa risiko lain pula kecuali kes lupa shj. So… itulah konsep family planning yg mudah utk difahami. Tidak ada chemical just ramuan rempah2 n herba tertentu sudah memadai.


ATURAN MAKAN MAB

1. Bagi yang lepas pantang, mula makan hari ke 44 lepas bersalin

2. Bagi yang merancang sendiri, mula makan pada hari ke 3, 4 atau 5 period.

3. Bagi yang ambil pil perancang ingin bertukar ke MAB, habiskan pil tersebut dan semasa hendak ganti pil, terus ganti dengan MAB dan tak perlu lagi tunggu period.. MAB juga boleh makan bersama pil


4. Bagi yang sedang merancang menggunakan cara IUD, kaedahnya seperti berikut:

i) Kes yang tidak ada period, dapat MAB boleh terus makan
ii)Kes IUD yang belum expired dan ada period, mula makan pada hari ke 3, 4 @ 5 period. Bila IUD sudah expired nanti boleh putuskan sama ada nak teruskan pakai IUD atau MAB sahaja


5. Bagi yang sedang merancang menggunakan Injection, Kaedahnya seperti berikut:-

i) Kes belum/baru expired, dapat MAB boleh terus makan pada hari ke 3,4 @ 5
ii)Bagi yang tak period, dapat MAB boleh terus makan. Selepas expired injection, boleh putuskan utk terus sambung injection atau MAB sahaja.

6. Makan 1 biji sahaja sekali sehari sama ada pagi/malam setiap hari selama 21 hari. Selepas habis, REHAT selama 7 hari dan selepas itu sambung botol ke 2 dan seterusnya.

Contohnya: Jika pil yang terakhir makan hari sabtu, maka sambung semula botol ke 2 pada hari sabtu minggu seterusnya. Jika makan pagi, botol ke 2 pun teruskan ambil pagi.. begitu juga jika ambil malam.

contoh:

Cara nak sambung botol seterusnya utk mudah faham spt dibawah;

stop ahad smbg ahad,
stop isnin smbg isnin,
stop selasa smbg selasa
stop rabu smbg rabu
stop khamis smbg khamis
stop jumaat smbg jumaat
stop sabtu smbg sabtu
stop ahad smbg ahad


7. Bagi kes LUPA MAKAN, cara adalah seperti berikut:-

i) Lupa makan waktu malam, pagi esok ambil 1 biji sebagai ganti, jika masih juga lupa, maka malam kena ambil 2 biji sekali.
ii) Lupa makan pagi, malamnya ambil 1 biji sebagai ganti, jika masih lupa, maka pagi esok kena ambil 2 biji sekali.


PERINGATAN

Utk mengambil MAB bagi merancang keluarga, MAB hanya memberi perlindungan sehingga tempoh 24 jam sahaja. Oleh itu berhati-hati tempoh gap makan supaya tidak melebihi 24 jam, jika syarat ini tidak dipatuhi ianya kurang berkesan utk dijadikan family planning.

Jika sedang makan MAB didatangi period, jangan berhenti, terus habiskan 21 biji dan berhenti selama 7 hari sebelum sambung semula botol seterusnya.

Di awal pengambilan, MAB ni tidak boleh campur makan dengan ubat/produk berasaskan herba.. dikhuatiri akan menjejaskan kesan MAB..

Jika puan2 mematuhi aturan makan ini, insyaallah ianya dapat membantu sebagai kaedah family planning yang berkesan.

CARA MAAJUN ANGGUN BISTARI MERAWAT DAN BERTINDAK BALAS

| Thursday, November 17, 2011
Apabila anda mengambil MAB, ianya akan bertindak merawat penyakit terlebih dahulu. Proses ini dinamakan tindak balas awal. MAB akan bertindak membetulkan sistem dalam badan supaya ianya berfungsi dengan baik. Bahagian yang akan berlaku proses rawatan adalah seperti pada bahagian peranakan/mencairkan lemak/kolestrol/toksin dalam darah.

Apa yang MAB buat adalah ia akan mencairkan darah period lama, nifas lama yang tidak keluar habis semasa tempoh berperiod/berpantang (bagi yang bersalin. Darah ini biasanya berwarna hitam/coklat. Banyaknya darah yang keluar adalah bergantung kepada tahap kesihatan masing-masing. Jika anda sudah lama tidak berperiod/period pendek bermakna banyaklah darah kotor yang di simpan dalam peranakan tersebut. Pada peringkat ini, anda akan mengalami kekerapan period yang tidak menentu kerana MAB sedang merawat peranakan anda.

Selepas selesai tempoh itu, anda akan melalui peringkat keserasian dengan MAB. Pada tahap ini, period akan kembali normal, maksudnya apabila habis saja 21 biji, besoknya period akan datang. Pada tahap ini, MAB sudah serasi dengan anda kerana proses rawatan sudah selesai..Selain dari darah kotor seperti di atas, lemak/kolestrol/toksin dalam badan/darah akan dipecahkan dan dibuang bersama najis besar. Pada masa ini anda akan mengalami kekerapan membuang air besar dan melepaskan angin (kentut)

Darah period yang lama ini seharusnya dikeluarkan kerana ianya memberi implikasi kepada anda dalam jangka masa panjang. Antara risikonya ialah terdedah kepada fibroid/cyst/barah pangkal rahim. Jika darah lama ini dapat dikeluarkan insya Allah risiko kepada penyakit tersebut adalah rendah. Dengan kata lain, MAB adalah satu ikhtiar utk mengelakkan kemunculan penyakit tersebut.

MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI

KESAN SELEPAS MAKAN MAB...

|
KESAN SEMENTARA

Tidak semua pengamal MAB mengalami simptom2 ni cuma segelintir sahaja. Pengguna yang baru nak mencuba MAB, anda tidak perlu takut untuk mengamalkan MAB...

Antara tindak balas awal proses rawatan MAB..

* Period menjadi lintang pukang..
Period mungkin akan berlanjutan lebih dari 7 hari...
Ada juga kes yang period datang 4hari.. then stop 2 hari.. then datang semula..
** pada masa ini MAB dalam proses merawat darah kotor dalam peranakan dan darah tu dikeluarkan melalui period..

* Rasa mengatuk...
Selalunya akan di rasai pada yang mengambil MAB pada waktu pagi..
Sesiapa yang ambil malam... tentu tak perasan simptom ni sebab lepas makan MAB.. memang nak tidur..

* Kerap kencing/buang air besar/ kentut....
**MAB tengah buat angin dan toksin la tu...

* Pening kepala
Adakalanya boleh membawa sampai demam
**MAB ni agak panas.. so disarankan banyakkan minum air masak.

* Rasa berdenyut pada payu dara...
Ada yang rasa denyutan yang menyakitkan sehingga tak boleh nak pakai baju dalam
**situasi begini selalunya di alami jika kita hampir didatangi period..begitulah juga dengan MAB.. bermakna, MAB sedang merawat tubuh kita
** salah satu fungsi MAB.. menegangkan payudara.. so denyutan tu bermakna.. payudara semakin menegang.. wow.. mengancam la lepas ni.. hehehe


***NAMUN ANDA TAK PERLU RISAU KERANA SIMPTOM-SIMPTOM INI HANYA SEMENTARA... tempohnya bergantung pada tahap kesihatan dan ketahanan tubuh masing-masing...

OLEH ITU... diharap semua pengamal-pengamal MAB dapat bersabar terhadap tindak balas rawatan MAB ini...

setiap usaha itu perlu ada kesungguhan untuk mencapai tahap kejayaan yang diinginkan...

INSYAALLAH...



KESAN MAB YANG MENGAGUMKAN... anda pasti teruja kan..

* Badan menjadi ringan, dapat bergerak aktif. Lebih bertenaga dan mudah menyelesaikan kerja2.

* Kulit muka menjadi cantik, licin, halus, gebu dan cerah. Tiada lagi jerawat atau jeragat/pigmentasi.

* Badan menjadi kurus, kesan dari penyingkiran lemak, angin atau toksid bersama proses tindak balas tadi.

* Perut menjadi kempis dan tidak mengelebeh selepas proses penyingkiran toksid.

* Hasil dari tindak balas ini juga membantu mengembalikan kelangsingan badan yang ideal. Amat digalakkan untuk ibu2 yang bersalin anak pertama. Proses kelangsingan lagi cepat berlaku.

* Memejal dan menegangkan payudara, kandungan herba dari MAB dapat membantu mengembalikan payudara idaman semua. Ada pengguna mengalami rasa tindak balas seperti sakit/dengut2 pada payudara.

* Bertenaga, diakui oleh semua pengguna yang telah mencuba MAB. Bertenaga seperti dapat berjaga lebih lewat dari malam2 sebelum mengambil MAB. Malah dapat memberi tenaga yang lebih dalam mengurus kerja2 rumah selepas penat bekerja.

* Tidak mengantuk di siang hari walau pun kurang tidur di malamnya. Cth: ramai ibu2 yang menyusu baby terpaksa bangun berkali-kali malamnya untuk menyusu baby.

* Kandungan MAB dapat melancarkan pengaliran susu ibu dengan banyak. Malah tiada kesan yang tidak baik kepada baby, tetapi ibu2 perlu minum air yang banyak setiap hari.

* Yang istimewanya rumusan kandungan MAB meningkatkan SEKS, malah rasa yakin dan gembira lagi sebab ia juga berfungsi sebagai family planning. Tiada rasa risau selapas bersama dan tak perlu melakukan senaman lagi selepas itu.

* Merapat dan mengetatkan rahim - Ini di akui oleh semua yang telah mengamalkan MAB.Tak ada sesiapa pun yang tidak mendapat pujian dari suami tersayang selepas makan MAB. Ramai yang terpaksa tambah bajet bulanan untuk membeli shampoo lebih...malah dapat menyelamatkan rumahtangga yang hampir musnah selepas terkena 'panahan' MAB.

Selamat Mencuba Maajun Anggun Bistari

PENGEDAR MAAJUN ANGGUN BISTARI DIPERLUKAN DI SELURUH NEGARA

| Wednesday, November 16, 2011
Kami mengalu-alukan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi agen atau pengedar Maajun Anggun Bistari (MAB). Tiada had umur untuk menjadi agen, suri rumah, wanita berkerjaya, pelajar IPT, pesara dan siapa saja yang berminat. Untuk keterangan lebih lanjut boleh hubungi wani melalui sms/call : 019-9012037

Anggun Bistari Dengan MAB

| Tuesday, November 15, 2011


SIAPA YANG BOLEH MAKAN MAB...

* Semua golongan wanita termasuk anak dara.
* Wanita yang telah berkawin atau belum
* Janda/balu
* Wanita yang telah monopouse juga digalakkan makan MAB.
* Wanita yang sedang menyusukan anak
* Wanita yang baru keguguran
* Wanita yang kurang subur
* Wanita termasuk anak dara yang ada masalah period yang tidak menentu
* Wanita yang mengalami masalah keputihan
* Wanita berkahwin yang belum mempunyai cahaya mata dan inginkan cahaya mata

SIAPA YANG TIDAK BOLEH MAKAN MAB...

* Lelaki
* Wanita yang sedang mengandung
* Wanita yang sedang merancang untuk hamil
* Anak dara yang tiada masalah berkaitan dengan period dan keputihan
* Wanita yang tidak yakin dengan keberkesanan MAB

Kandungan MAB bukan sahaja utk family planning/cegah kehamilan malah dpt merawat kesihatan dalaman wanita.Bagi anak dara jika tiada masalah apa2 tidak digalakkan mengambil MAB kecuali jika ada masalah senggugut atau period tidak menentu.

Maajun Anggun Bistari (MAB)

| Tuesday, November 8, 2011

Bersih, Suci dan Halal

Maajun Anggun Bistari (MAB) adalah produk keluaran bumiputra yang dibuat secara tradisi sejak 35 tahun dahulu. Sekarang, ia dipasarkan secara meluas ke semenajung Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei dan juga Singapura. Bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan MAB adalah seperti berikut :-

1. Kacip Fatimah
2. Serapat
3. Senduduk
4. Inai
5. Habatussauda
6. Manjakani
7. Madu

MAAJUN ANGGUN BISTARI

| Tuesday, November 1, 2011


Keistimewaan Maajun Anggun Bistari (MAB)

Produk amalan tradisi keluarga sejak 35 tahun untuk dikongsi kepada puan-puan khas untuk yang telah berkahwin.
Jika puan-puan berhajat untuk merancang keluarga dengan cara tradisional, bolehlah mencuba dengan Maajun Anggun Bistari ini dimana kejayaannya adalah 99.99% dengan syarat mengikut disiplin makan yang betul.
Telah diamalkan sebagai tradisi keluarga sejak 35 tahun dulu. Dahulu ianya dijual hanya dari rumah ke rumah sahaja. Tidak dijual dimana-mana kedai ubat atau farmasi.
Bagi yang kurang selesa dengan kaedah merancang keluarga secara moden adalah dipelawa untuk mencuba kaedah tradisi ini dan setelah mendapat kejayaan & keyakinan boleh membuat perbandingan dengan kaedah moden.

Khasiat MAB mengikut keutamaan:- 

1. Family planning/menjarak kehamilan/merancang keluarga.
2. Merawat keputihan yg teruk.
3. Menjaga peranakan - menyempitkan faraj wanita.
4. Membuang darah kotor/toksin melalui period.
5. Menstabil hormon kewanitaan dlm badan-mencantikan kulit.
6. Menormal & teraturkan period setiap bulan.
7. Mencantik & menegangkan payu dara.
8. Melancarkan perjalanan darah.
9. Melawaskan pembuangan air besar - menjaga usus.
10. Menambah tenaga sepanjang hari.
11. Mengawal kolestrol dalam darah.
12. Menurun & mengawal berat badan.
13. Awet muda.



Tindakbalas Awal / Simptom

1.Sakit pinggang untuk melancarkan saluran darah;
2.Tempoh/kuantiti haid yang tidak menentu; atau
3.Darah haid berwarna hitam bagi mereka yang menggunakan implant sebelum ini;

Ini adalah antara tindakbalas awal/simptom akibat menggunakan Maajun Anggun Bistari dan tempohnya berbeza setiap individu biasanya di antara 1-6 bulan.
Walau apapun adalah dinasihatkan terus mengamalkan makan Maajun Anggun Bistari untuk lebih mujarab supaya kembali normal kesihatan badan anda. Sekiranya ada masalah hubungi kami atau email untuk keterangan lebih lanjut. Kami sedia membantu anda "menjadi wanita sejati".
 

Copyright © 2010 Maajun Anggun Bistari